Tuesday, December 27, 2011

iman dan ujian

bismillah...



alangkah baiknya apabila saat Allah menguji kita, iman kita berada di puncak tertingginya.. supaya hati dan jiwa sentiasa tunduk menyerah diri pada Yang Maha Esa.. supaya semangat yang menurun dapat menaik dengan mudah...
namun, iman yg menurun juga ujian dari-Nya.. maka, di saat itu, berbekallah dengan memohon keampunan dari-Nya.. Dia berkuasa berbuat apa sahaja, hatta diri kita juga di dalam kekuasaan-Nya jua.. saat diri tidak mampu untuk terus bermujahadah, menangislah atas ketidakmampuan itu.. jangan pernah ada waktu tiada Dia dalam hidup kita.. biar bagaimana lemah pun kita, ini adalah percaturan-Nya.. so leave it all to Him... insyaAllah, pasti ada sinar di sana...

^_^ caiyyok~!

Tuesday, December 20, 2011

7 principles of goal settings

bismillah..

Alhamdulillah atas nikmat Iman, Islam dan kehidupan ini..semoga permulaan hari ini dilimpahi kebaikan, pertengahannya kejayaan, dan di akhirnya kecemerlangan, insyaAllah..

hari ini, hakima wanna share this valuable video, a good talk which motivates us, insyaAllah.. so enjoy it~



konklusinya,, there are 7 principles of goal settings:

  1. Have sincere intentions
  2. Have a mentor
  3. Be useful where you are
  4. Daily ijtihad (struggle)
  5. Be flexible
  6. Get out of your comfort zone
  7. Be with Allah
insyaAllah, sama-sama kita refresh dan revitalize our soul and spirit.. ganbarre yo~!

Tuesday, December 13, 2011

Selawat

bismillah..

hari ini, hari selasa.. kalau dr list Zikir Harian yang disusun oleh Syeikhul Islam Imam Al-Ghazali, beliau menganjurkan kita perbanyakkan selawat, atau spesifiknya membaca selawat sebanyak 1000 kali..

so, wanna share this beautiful selawat, namely Selawat Murah Rezeki.. i'm not so sure bout the title, but the rhyme and content is so good.. so let's make it our song today...

Wednesday, November 23, 2011

amal kerana-Nya..

bismillah..



[these precious words is given by my senpai.. senpai di jalan dakwah..semoga ada manfaatnya, insyaAllah~]

bilamana diri diwaqafkan untuk perjuangan Islam, jangan sesekali berniat meloloskan diri..
jangan pernah terlintas di minda untuk melepaskan rabitah perjuangan..
sekali melangkah kehadapan, maka teruskan langkahan itu..
walau ribuan tribulasi melanda,
  yakinlah dengan apa yang kita lakukan..
  kerana janji kemenangan itu bukan datang dengan mudah..
derita kita adalah derita umat terdahulu..
penat kita adalah untuk generasi akan datang.
perjuangan harus diteruskan,
beramal kerana Allah..!


seeru 'ala barakatillah...jangan down2 ye,, kita ada Allah yg snts Maha Membantu.. ask Allah, ask Allah, and ask Allah to increase our iman...take care <3

Tuesday, November 22, 2011

oh adikku~

bismillah..

alhamdulillah, Allah izinkan program 'adhoc' bersama adik-adik berjalan lancar.. walau tanpa perancangan yang begitu rapi, insyaAllah matlamat ukhuwwah tercapai.. alhamdulillah, rabithah hati ini mula terbentuk.. semoga ia terus subur, dan sentiasa dalam redha-Nya..alhamdulillah,, gembira ^_~

macam-macam gaya~

agenda ringkas:: ta'aruf bermodul > aktiviti (soalan lazim pengetahuan am) > lunch > solat zuhur berjemaah > tazkirah oleh Ajad (dari taujihat ringkas menjadi nasihat-nasihat dan sharing oleh kakak2 yang meleret..huhu).. dan bersurai...

antara kata-kata sekadar tazkir buat diri juga yang mahu terus thabat di jalan ini...

"bila Allah kata Dia akan uji kita sebagaimana yg terlayak dengan kemampuan kita, Dia memang buat mcmtu..  Allah juga pasti akan buatkan kita sibuk. so, pilihlah nak sibuk di jalan mana.. kalau kita nak sibuk di jalan perjuangan, insyaAllah Allah akan atur sisi lain kehidupan kita.. Dia akan mudahkan.. tapi ingat,, Dia akan uji kita di jalan perjuangan ini... bersedialah mental dan fizikal.."

"motivasi untuk terus teguh dan thabat di jalan dakwah dan tarbiyyah ini ada dalam diri kita.. kenali diri kita, dan sandarkanlah harapan pada-Nya untuk kuatkan kita.."

dan nasihat akhirku buat adik-adik..semoga ia menjadi nasihat buat diriku juga, insyaAllah..

"adik-adik,, walau kita berbeza fokus perjuangan, kita lahir dari medan yg sama.. adik-adik jgn lupa, kalian ada kakak dan abang yang punya tanggungjawab buat kalian.. janganlah rasa 'menyibuk' bila mahu meminta bantuan.. pertolongan yang diminta itulah penghubung kakak/abang dengan kalian.. bantuan itu juga mungkin menjadi asbab untuk abang/kakak terus thabat di jalan perjuangan ini... dan buat sahabat-sahabat,, kita punya tanggungjawab buat adik-adik.. andai ada salah pada mereka, ia adalah kesalahan kita.. sebelum ia menjadi lebih parah, mari kita perbetulkannya.. generasi tinggalan kita adalah cerminan diri kita...
dan buat setiap diri kita,, mungkin selama ini kita pernah melupakan sahabat, adik dan kakak kita.. maka mari kita kejapkan hubungan hati kita, dan terus saling mendoakan.. insyaAllah kita akan menjadi lebih baik.."

# adik-adik mahukan kakak angkat...erk,,,

Tuesday, November 15, 2011

the more you give the more you get~!

bismillah..

setelah agak lama sibuk dengan urusan diri,, terasa amat gersang jiwa ini.. astaghfirullah.. lalu blogwalking siang tadi menemukan hakima dengan suatu kata-kata yang amat indah,, ini dia...


dan,, hakima terkesan amat dengan dua baris terakhir,, saat bangun tidur, tanyakan: "Siapa yang mahu saya bantu hari ini?" saat berjumpa gambar ini, tengahari.. (wah, waktu bangun tidur telah lama berlalu..),, lalu hanya mampu berbicara dan bermohon dengan Allah sediakan peluang untukku membantu.. siapa sahaja, apa aja..

alhamdulillah, after a while, ummi dearest mesej "hakima tolong post barang adik,, hari ini juga".. subhanallah,, walau ada tugas di 'ofis', Allah kurniakan semangat untuk menunaikan permintaan ummi.. kebetulan juga ayah bawa kereta lain, so i have my lovely 'boyfriend' si kenari hitam.. alhamdulillah.. dan after lunch, tugasan itu berjaya diselesaikan.. alhamdulillah, bersyukur amat atas peluang yg Allah hadiahkan.. dan sepulangnya dr post office, adik lab terus sapa saya.. "kak ainul cakap nak book IR kan? jom.." huhu, mudahnya Allah atur kehidupan kita..segala puji bagi Allah yang Maha Memudahkan...

petangnya,, sahabat juga adik saya si blogger femes tu mesej minta tolong.. subhanallah, saya gembira dapat melakukan sesuatu, walau mungkin kecil amat.. alhamdulillah, ya Allah.. semoga setiap hari Allah sentiasa hadirkan peluang mahupun sahabat mahupun sesiapa sahaja untuk kita bantu.. ia suatu perasaan yg sungguh indah,, alhamdulillah~!

Sunday, November 13, 2011

ihtifal Pasti GP 2011

bismillah..

[oh, sudah lama tidak mencoret di sini.. rindu~  sebenarnya, ada sahaja idea mahu diluahkan di sini, namun sering ada sahaja pelbagai benda lain yg difikirkan dan mahu diselesaikan dahulu..huhu,, dan akhirnya niat itu berlalu sahaja..maka, kali ini ia tidak boleh terjadi lagi...]

alhamdulillah,, Allah beri kesempatan untuk bersama-sama sahabat2 sefikrah di GP ini untuk turut serta dalam majlis ihtifal ini, di Goodhope Hotel, Skudai..(adess, gambar terlupa nk snap..kalut sgt..erk~!) gembira, seronok dan puas hati walau hanya sebentar dan terlalu sedikit yg mampu dilakukan...berjumpa sahabat2 yang bersama-sama membina iman sungguh indah..alhamdulillah~!

pejam celik pejam celik,, rupanya telah 2 minggu hakima menyepikan diri dr bersama-sama sahabat2 sefikrah (Nisa' mahupun adik-adik usrah).. lantaran research commitment, dan bbrp kelemahan yang x mampu dielakkan,, dan harusnya hakima terus berlapang dada.. semoga ada kelemahan yang Allah mahu maafkan, dan semoga ada kekurangan yang mahu Allah perbaiki.. ameen~ rindu bersama-sama mereka,, alhamdulillah Allah pilih untuk bersama dalam majlis ini..

bila sibuk dan jarang bertemu sahabat2 duduk bersama berbicara soal keimanan serta melakukan gerakerja untuk islam tercinta,, teringat pada nasihat hakima buat seorang adik suatu masa.. bahawa,, jangan berterusan begitu.. hati kita akan jauh, dan akhirnya ia bakal mencetuskan bibit-bibit 'mutasaqitun' dalam diri dan jiwa.. ini merupakan ujian Allah untuk menguji hubungan hati kita dengan gerakerja islam.. cepat2lah bermohon supaya Allah menyediakan ruang untuk kita melakukan sesuatu buat Islam..untuk kita bantu agama-Nya..

bandingan melakukan gerakerja Islam bersama-sama sahabat dengan bersendirian mahu menegakkan biah Islam di ruangan kita,, sungguh besar.. hakima merasakannya.. maka,, jangan menjarakkan diri daripada sahabat-sahabat ^_~ walau apa yg berlaku,, berlapang dada dan berdoalah selalu.. Allah pasti bantu kita...

tadi,, ada adik dari institusi lain meminta pandangan tentang usrah, tentang masalah hati, tentang ukhuwwah.. subhanallah, terasa sungguh kerdil untuk merespon.. kerana diri sendiri masih bermujahadah, masih bertatih meningkatkan diri.. apapun, insyaAllah,, memberilah sedikit, kerana ia menyuburkan hati kita.. pada kelemahan sendiri, perbanyakkanlah istighfar, dan bermohonlah supaya Allah perbaiki.. insyaAllah..

seeru 'ala barakatillah...