Tuesday, July 17, 2012

kisah kita itu, adalah penguat!

bismillah..

"kakak, boleh tak saya nak bercerita..kisah silam saya yang teruk?" - sapa seorang adik saat saya sedang ralit melayari internet suatu malam..

"hm..bila Allah telah tutup keaiban kita, mengapa harus dibuka? jadikanlah ia pengajaran terbaik buat kita agar kita tidak lagi terjatuh kedalamnya, juga sbg iktibar utk kita perbaiki insan-insan di sekeliling kita" - answer me with smile..

"tapi boleh tak saya nk bercerita sbb saya rasa terbeban sgt..juz nak luah" - she said.

"Ok dik, semoga Allah bantu.."

seboleh-boleh hakima tidak mahu mendengar kisah silamnya..ya, setiap kita punya kisah hidup yang pelbagai. hakima juga.. ada yg kelam, ada yg suram, ada yg samar, namun x kurang ada yg indah dan mendamaikan.. apa-pun, semua itu telah tertulis di luh mahfuz.. ikhlaskan hati, terimalah jalan hidup itu dengan penuh redha..insyaAllah semua itu berhikmah!

dan hakima telah mendengar kisah kelam sang adik ini.. alhamdulillah hakima mengenalinya saat dia telah menjadi lebih baik. maka, untuk meneutralkan pandangan terhadapnya itu lebih mudah. semoga hidayah Allah yang dia peroleh kini terus mengiringi dan menjaganya daripada terjerumus lagi kedalam situasi itu..ameen!

Adikku,,
berlapang dadalah atas jalan yg telah Allah tentukan itu..bersyukurlah bila Allah pelihara kita daripada perkara-perkara buruk, juga atas hidayah-Nya yg agung ini.. pernah terjatuh bukanlah indikator bahawa kita tidak baik, sebaliknya tanggapilah ia sebagai asbab untuk kita perbaiki diri dan menjadi lebih baik.. insyaAllah dengan pergantungan yang akrab pd Allah, kamu malah lebih baik dr yg lain..
mengingati kisah-kisah dahulu itu adalah wajar, kerana ingatan itu adalah kehendak Allah..namun ambillah tindakan yang lebih positif, lebih bijaksana..usah hanyut dalam kesedihan dan keperitan lalu..teruslah melangkah dengan penuh berani, dengan penuh pengharapan pd Allah.. do ur best, leave the rest to Allah.. insyaAllah akak doakan kamu mampu hadapi semua ini dan mampu melakukan yg terbaik buat dirimu sendiri, juga buat Islam amnya..
seeru'ala barakatillah, dik...love~

# ya Allah, bersihkan hati-hati kami insan pendosa.. perbaikilah kehidupan kami di dunia untuk kehidupan akhirat kami...nastaghfiru ilaika wa natubu ilaik..