Tuesday, May 29, 2012

kembara ini.. hadiah Allah~!

bismillah..

alhamdulillah, setelah agak 'lelah' dgn kehidupan sbg pelajar (dengan expmt, proposal, meeting progress, bimbing adik2, etc),, Allah berikan peluang utk bekerja di Karnival Mahabbah Pasti, walau mungkin tugas yg diamanahkan belum mampu dilaksanakan sebaiknya..maha suci Allah yg aturan-Nya sungguh cantik, segala puji Allah yang snts memberi kesempatan dan peluang buat diri, dan Allah-lah yg Maha Besar yang berkuasa atas tiap sesuatu...

huhu..lamanya tidak mengupdate catatan tazkir buat diri ini..catatan perjalanan hidup sang hamba menjalankan tugas hamba dan khalifah sebaiknya..moga ada amal kebaikan dan pengajaran buat diri...
bersih 3,, kembara bengkel-walimah adik di temerloh-muktamar m'mat johor,, kembara walimah adik di kota bharu,, presentation pre-assessment,, persiapan proposal,, konflik supervisee,, karnival mahabbah pasti,, forum transformasi mukmin,, dan kini.. kesakitan badan dan demam!...maha suci Allah~ dan kembara kehidupan ini pastinya diteruskan lagi.. insyaAllah upcoming important event:: presentation assessment..penentu layakkah diri meneruskan pengajian mendalami ilmu-Nya di peringkat ini~ huhu, kecutnya!

:: Bersih 3.0 :: 
27-29 April 2012

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan buat diri dan 3 adik kandungku utk bersama-sama gelombang rakyat menyatakan ekspresi terhadap kezaliman dan penipuan sang pemerintah negara hari ini..menjadi sebahagian daripada sejarah ini... walau terpaksa membatalkan rencana libur bersama teman2 lab ke bandung,, namun terasa keputusan ini amat berbaloi.. bersama restu ummi ayah di petang yg indah itu, kami berangkat.. rancangannya adalah 'bertugas'! walau tanpa ilmu dan pengalaman, namun alhamdulillah kami yakin, inilah pengalaman yang kami mahu alami.. malam itu, saat tiba di bumi kuala lumpur, saja je adik drive melewati dataran merdeka meninjau lokasi.. subhanallah, sudah ramai rakyat di situ..telah berbaju kuning.. whoa, bersemangat beb!! then mlm tu kami ke lokasi penginapan yang disediakan.. sblm tidur, kami keluar 'cari makan' dulu..laparnye~ then tersesat..huhu. alhamdulillah, selamat juga tiba jam 2.30 pg..huhu....
esoknya, seusai subuh berjemaah (maha suci Allah yg mengenalkan hakima pd seorang adik, yang rapat dgn adik2 usrah hakima di kampusku.. dan kami akrab setelahnya!),, kami ditaklimatkan..bahang himpunan kian terasa..kami keluar berangkat ke lokasi sekitar jam 9.30pg. hakima terpisah dengan 2 adik perempuan, my A3 dan A8 (mereka bertugas menjaga pimpinan mat dr johor), dan hakima bertugas di crowd. manakala my bro A6 akan menyertai kumpulan 'Tanah' dr GP.
dan suasana itu..begitulah, sebagaimana yg ada di Youtube juga kisah2 mereka yang hadir.. aman, tenang, dan penuh semangat awalnya..sehinggalah sekitar 3.10 ptg, semburan air berasid juga tembakan gas pemedih mata dihadiahkan buat kami.. saat hiruk pikuk itu, kami bertempiaran, hilang rakan dan saudara (maha suci Allah, yang terbayang diminda 'kalau begini dahsyat hiruk pikuk dunia, bagaimanalah suasana hari kiamat Allah itu'.. astaghfirullah!) hakima terpisah dengan sahabat2 briged, dan alhamdulillah saat menahan pedihnya mata dan hidung akibat gas beracun itu,, hakima melompat dari longkang besar (hihi, lucu pula) hakima bertemu dgn seorg adik petugas briged mmat dr perak.. dan kami berlari bersama-sama..bertemu dgn seorang pakcik yg concern, menghadiahkn air 100plus,, bertemu dgn non-muslim yang membahagikan garam penawar rasa perit, juga bro unit amal yg menyapu ubat gigi di muka (huhu, malu sgt..tp x boleh nk buat apa.. :/ ) dan alhamdulillah kami tiba di masjid jamek, berteduh di situ.. sempat membantu seorang pakcik yang terkena tembakan gas tepat di belakang kepalanya (sgt sedih melihat keadaan itu, dgn darah yg berlumuran), seorang nenek cina yang kesesakan nafas, juga melewati beberapa orang saudara senegara yang pengsan (x leh nk berhenti utk tolong sbb pakcik2 dah warning utk lari).. saat2 sebegini, menuturkan qunut nazilah sangat menuntun jiwa..syahdu dan pilu..Allah~



dan malam itu, bermalam di rumah bunda di tmn melewar..badan terasa amat lelah, tanpa berlengah terus melabuhkan diri...alhamdulillah, esoknya kami ke pesta buku antarabangsa @ pwtc. teruja bertemu dgn ustaz hasrizal juga prof muhaya..alhamdulillah, indah aturan-Nya.. sebelum pulang, sempat menziarahi adik sepupu yang dimasukkan ke HKL atas jangkitan paru-paru (teringat allahyarhamah mama yang diambil Allah atas asbab ini juga..alfatihah buat mama)...


:: kembara bengkel-walimah adik di temerloh-muktamar m'mat johor ::
11-13 Mei 2012

alhamdulillah,, Allah juga yang memudahkan dan menghadiahkan perjalanan yg indah buat sang hamba yang amat kerdil tanpa upaya ini..Allahu Akbar~! sukar juga saat mahu memulakannya, namun alhamdulillah niat yg baik, juga sangkaan yg baik pasti Allah mudahkan...bertolak malamnya (dihantar adik ke stesen keretapi), ditakdirkan Allah duduk bersama 'Uncle Vijay', kenalan baru yg peramah.. tidak lancar berbahasa melayu, dan lebih senang berbahasa inggeris..huhu, i'm speaking all the night with him... tiba di stesen keretapi kajang pd 6.30 pagi, alhamdulillah dapat menunaikan s.subuh di surau yg convenient.. jam 7.30, membeli tiket komuter ke bangi @ UKM..alhamdulillah, jam 8 lebih telah tiba di Dewan Budiman, UKM.. teringat kata-kata pcik driver teksi yg membawa hakima ke ctu.. "Dik, kalau naik teksi masuk UKM sepatutnya jgn tanya berapa,, sebab nnt driver tahu org luar, so dia charge tinggi..standardnya rm5 je".. ya Allah, syukran menghadiahkan hakima org yg baik..
dan bengkel itu...sy sgt teruja.. terlalu banyak ilmu yg Allah kurniakan lewat Dr.OT ini.. alhamdulillah.. penulisan terasa mudah dan tersusun..insyaAllah saya mahu berkongsi dgn sahabat2..semoga Allah izinkan setelah presentation assessment ini..ameen~
setelah bengkel, mahu berkejar ke pudu mencari tiket ke temerloh. jam sudah 5.30. saat tercari-cari org yg boleh menumpangkan ke tempat teksi, seorang kakak menawarkan diri.. ahli harakah ini juga rupanya. maha suci Allah! dan alhamdulillah tiba di pudu jam hampir 6 petang. berkejaran ke kaunter menanyakan dimana boleh didapatkan tiket ke temerloh, dikhabarkan bahawa bas ke temerloh bukannya di pudu, tetapi di jalan pekeliling. cara ke sana adalah dgn menaiki tren, turun di titiwangsa.. ya Allah, yg Maha memudahkan, sempatkan diriku (masih sempat bermonolog dek takut terlepas bas..huhu). alhamdulillah, saat terkapai2 dalam kekalutan mahu membeli tiket, Allah hadirkan seseorang meminta bantuan. dalam diam, masih sempat berkata-kata pd Allah "ya Allah, aku ingin membantunya, maka bantulah hamba-Mu ini".. alhamdulillah, terasa nusrah-Nya amat hampir.. setibanya di jalan pekeliling, terus ternampak kaunter yg tertulis 'temerloh' yg menjadi antara destinasinya.. maha suci Allah, bila tiket dibeli sahaja, kakak yg di kaunter menyatakan bas akan bertolak lagi 10 min.. Allah!~
dalam perjalanan ke temerloh, terasa agak lelah.. minda sibuk memikirkan bagaimana mahu ke rumah adik setibanya nanti..dari rumah adik, harus terus ke kuantan kerana bas malamnya adalah jam 11.59pm. dalam ketidaktahuan itu, Allah tidurkan dengan nyenyak sekali.. sesedar sahaja, bas sedang memasuki stesen bas temerloh.. Allahu akbar! turun sahaja dari bas, jam menunjukkan jam 8.35 malam. suasana agak sunyi, dan pastinya sangat asing. pemandu2 teksi juga sepertinya sudah mahu pulang ke rumah. ya Allah, wahai Tuhan yg Maha Memudahkan, bantulah hakima... tiba-tiba, ada seorang pakcik menyapa.. "Adik nak ke mana?" "Pakcik, saya nak ke rumah kawan saya sebentar di bukit tingkat, dan kemudiannya ke kuantan..pakcik boleh hantarkan saya?" pakcik itu ragu-ragu.. lama dia berfikir, dan akhirnya, alhamdulillah dia menyanggupi.. ke bukit tingkat, rumah adinda Ummi Nor Husna di waktu malam, mencabar juga rupanya.. pakcik itu berkali-kali bertanyakan jalan dari orang-orang di pinggir jalan.. dan akhirnya Allah temukan kami.. bersyukur dapat menemui adik tersayang, melihat bahagia di wajahnya sungguh mendamaikan.. walau singkat dan tiada buah tangan utknya, diri ini sungguh gembira dan tenang.. alhamdulillah.. ada kekuatan di situ.. setelah itu, kami terus ke kuantan.. rupanya pcik teksi itu belum makan malam. so dia request berhenti di RnR yg ada di highway temerloh-kuantan. tp at last dia beli susu soya n biskut tiger je utk alas perut. (sedih juga, tp katanya takut x sempat bila hakima katakan bas sy jam 12tgh mlm) pcik siap belanja hakima milo n biskut tiger juga.. huhu, sungguh terharu... dan dalam perjalanan ke kuantan, banyak cerita yg pcik tu kongsikan.. cerita ttg anak-anaknya, ttg kerjanya, ttg penumpang teksinya yg tidak sempat pulang dan terpaksa bermalam di rumahnya, dan pelbagai lagi... ya Allah,, saat itu hakima tidak mampu lagi memikirkan bahawa Kau menghadiahkan permusafiran yg berharga, yang punya 1001 iktibar dan pedoman..hanya kesyukuran yg tidak terhingga...
jam 11.30, selamat tiba di kuantan, di stesen bas.. ada masa setengah jam lagi sblm bas tiba dan bertolak. sempat bertemu dan berbual dgn seorang pakcik merangkap datuk (terkenangkan allahyarham tok ayah yg kata-katanya penuh nasihat)..atuk ini berasal dari kelantan, menetap di kelantan, namun sentiasa ke negeri lain menguruskan perniagaannya.. whoa, orgnya sungguh kaya..namun memilih utk travel dgn bas sahaja. bila ditanya "kenapa pcik x naik flight je, kan lebih selesa dan cepat" jawapannya "kenapa nak buang duit, bukannya terdesak (di sudut masa).. duit tu boleh guna utk benda lain banyak lagi"..aduh, zuhudnya.. dan saat basku tiba, kalam nasihatnya mengakhiri pertemuan...Allahummarhamhu!
naik sahaja bas ke mersing, hakima terus tertidur. sungguh, penat! namun alhamdulillah Allah kejutkan diri saat hampir tiba ke destinasi. sedang mamai itu, terdengar suara driver bas "Mersing..mersing!" dan bergegas hakima turun. jam menunjukkan pukul 3.30 pagi..huhu, seram.. pantas hakima menelefon adinda yg ummi tugaskan utk menjemputku.. alhamdulillah, thanks adinda Husna Aimi dan Aina Mardziah yg berjaga menanti ketibaanku...
dan keesokannya, bermulalah muktamar muslimat negeri johor.. alhamdulillah, berpeluang menjadi perwakilan dan boleh bercakap! whoa, sungguh seronok! seronok ini berganda melihat adik-adik perempuanku yg ummi bawa utk sama-sama terlibat dalam harakah ini, walau sebagai penjual (jual kek coklat..hehe).. dan muktamar kali ini, hakima sgt teruja dan gembira.. terasa Allah sentiasa dekat dan mendengar suara hati ini...Allahu Akbar!



setelah tamat, seperti biasa hakima lah menjadi pemandu setia ummi..driving home my lovely car.. dan ummi menemani pemanduan ini saat adik-adik ketiduran di belakang.. pelbagai cerita yg dikongsi bersama ummi (except naik teksi ke kuantan dari temerloh..huhu)..
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar~!!


:: kembara walimah adik di kota bharu ::
18-20 Mei 2012

my next weekend, is kembara ke kota bharu bersama lab member yg lain utk menghadiri walimah adik se-lab sista Dr. Nurun Najwa Ruslan di Kg. Padang Salim, KB. naik flight lagi ^_^ alhamdulillah!
seawal jumaat pagi dah bersiap ke airpot. flight JB-KL jam 8.40 pagi. so kene sampai awal. ting tong ting tong, jam 3.30 ptg tiba di airport pengkalan chepa.. whoa, teruja tiba di tanah kelahiran.. di airport ini kami adik beradik pernah menghantar ummi dan ayah ke UK (ayah sambung PhD).. awal 90-an.. whoa, it's very nostalgic! dan hari ini, airport ini banyak pembaharuannya.. alhamdulillah!
then ikut najwa ke tempat sewa kereta, bawa kereta sewa tersebut utk ambil lab member yg kelewatan flight, then ke pantai cahaya bulan bersama lab members yg lain.. then malamnya, agenda shopping di wakaf che yeh. dan tidurnya di rumah lab member, Fatien Salleh not far from rumah Dr.Najwa...
esoknya bunda Fatien masak nasi kerabu..best! dan kemudiannya jam 10 kami bertolak ke masjid tempat berlangsungnya akad nikah Dr.Najwa dan suaminya Zuan. ke rumah najwa, dan akhirnya pulang kembali ke rumah Fatien utk rehat dan adik2 yg flight jam 4 bersiap. then pergi hantar adik2 lab ke airport, hantar semula kereta sewa, dan pulang ke kampung Bachok..



setibanya di rumah mama, terasa syahdu.. rindu pada kenangan2 lalu.. mama dan tok ayah yg umpama ibu dan bapa kami (adik-beradikku generasi terawal).. melayani, memenuhi keperluan kami, juga mencurahkan kasih sayang buat kami.. ya Allah, rahmati mama dan tok ayah kami~!
dan petang itu, c.as bawa anak-anak dan anak-anak saudaranya ke Pantai Irama.. borak sakan dgn c.as.. bercerita ttg kisahnya di rumah, ofis, juga kerenah manusia sekitarnya.. berkongsi rasa membahagiakan diri dgn cara masing-masing..seronok! then malamnya, hakima n c.as serta anak-anak pulang ke rumahnya di KB utk tengok bola! Kelantan mlwn Sime Darby..haha.. seronok tengok bola ramai-ramai...alhamdulillah, Red Warrior menang (w/pun 1 gol yg penalti..huhu)..
esoknya, pergi sekolah adik (Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah) bersama-sama c.as dan anak2nya.. jumpa adik Huda, dan berkongsi cerita.. alhamdulillah. then terus pulang (singgah beli murtabak raja dan serunding daging), dan bersiap ke stesen keretapi wakaf bharu.. train bertolak jam 5.15 ptg..bersama 1 of labmates, Nurfatehah Wahyuny..
naik train, gerabak no aircond..huhu, panas + lemas.. beralih ke gerabak lain (kerusi) mencari aircond. then bila tengah malam nk baring.. so kami kembali semula ke gerabak kami yg 'panas' tadinya dengan harapan agak sejuk dan selesa.. on da way, tiba-tiba seorang pegawai KTM menegur kami. huhu, takutnye! dia 'agak marah' pada kami yg beralih2..huhu, bukan salah kami.. kami beli tiket katil, so nak katil lah..huhu. mcm nk nangis..then pcik pegawai tu teman kami ke tempat kami..alhamdulillah dah sejuk, best! pastu dia ajak borak pula..adeh, mata dah ngantuk , badan dah penat..sorry la pcik. jam 2 pg, pcik tu berlalu dan kami boleh tidur..yeay! so sy solat isyak+mgrb, dan tidur...alhamdulillah~
esoknya, tiba di stesen keretapi kempas baru, labmate dtg ambil..alhamdulillah...


:: presentation pre-assessment + persiapan proposal + konflik supervisee ::

after a long journey (mmg x sempat nk buka laptop buat kerja),, the critical time comes by.. due date hantar proposal kian tiba...huhu. manakala Dr pula bakal bercuti minggu depan. so i've to practice present and submit my proposal earlier than the time.. lelahnya, hanya Allah yang Tahu.. namun ini tugasku, halangan dan cabarannya tetap ada.. He Knows how i am, how it was, and all.. i'm doing my best, and i left to Allah the rest.. ya mmg proposalku ini jauh dari sempurna, kerana ilmu ini hanyalah se'coit'... namun diri ini yakin Allah pasti bersama hamba-hambaNya yg ikhlas.. ya ikhlas itu mmg sukar, namun Allah menilai usaha untuk ikhlas itu.. Allahu Musta'an!


:: karnival mahabbah pasti ::

26 Mei.. berlangsungnya Karnival Mahabbah Pasti 2012..program yg besar! sedih bila x dapat bersama-sama all out membuat persiapan. namun Alhamdulillah masih ada ruang utk bersama-sama membantu agama-Nya...

insyaAllah, kembara tazkir buat diri will be updated soon...preparing for first assessment~!! huhu

Thursday, May 3, 2012

momentum~!!

bismillah...

sukarnya memperoleh momentum dalam melaksanakan tugas ini,, ya Allah.. :(

semoga Allah cepat-cepat beri saya momentum untuk siapkan proposal (i've 1 week only..huhu) dan menulis sebanyak mungkin untuk paper review saya.. ameen~

dan.. saat momentum itu tiba, jauhkanlah diriku ya Allah daripada unsur yg mampu menggugat fokusku...

Allahu Akbar~!!!