Sunday, October 23, 2011

sebak - bukan niatku..

bismillah..

hm, tak mau tulis banyak-banyak.. bila hakima dengar lagu "Bukan Niatku" nyanyian munsyid Devotees, hati hakima sebak sgt.. ia bagai luahan insan yg hampir dgn hakima, merayu insan-insan terhampir dgnnya membantu menguatkan semangatnya.. when i heard his cry, i felt that i'm not good enough in praying the best for them.. yaAllah, asifni.. o'Allah, forgive me.. maafkan saya, sensei..

dan,, bila rakan hakima memandang serong pada mereka, hakima terasa sgt.. mudahnya kita judge orang.. penilaian kita itu kerana-Nya kah? so here i would like to advise sahabat2 yang sudi baca entri ini untuk sentiasa melihat yg positif dari setiap apa yang berlaku.. melihatlah dgn mata hati.. melihat dgn penuh keimanan.. kalau x nampak juga, tanya lah Allah.. Dia pasti lebih tahu.. He Knows Best~!

Monday, October 17, 2011

sahabat syurga

bismillah..

# juz a share.. puisi oleh sahabat saya.. (hakima x pandai berkarya ni..huhu)




Sahabat Syurga itu,
adalah yang wujud di dunia,
bukan sekadar duduk bersama
tetapi mengajak kita kepadaNya.

Sahabat Syurga itu,
bukan dikenali dengan wangnya,
juga bukan dengan keindahan wajahnya,
tetapi dengan kecantikan akhlaknya,
dan kesungguhannya mengajak kita ke syurgaNya.

Sahabat Syurga itu,
adalah yang menimbulkan rasa untuk berubah di dalam diri,
bukanlah Sahabat Syurga itu sempurna seperti Malaikat Ilahi,
dia manusia sama seperti kita ini,
tinggal, dia berusaha memperbaiki diri.
Lantas, kita turut terserap sekali.

Sahabat Syurga itu,
bukanlah yang sekadar bersama saat gembira,
bukanlah juga yang sekadar ada saat sedih,
tetapi dia bersama sepanjang masa,
walau terpisak jarak dunia,
hatinya dan hati kita sentiasa bersatu,
di dalam lancaran doa-doanya.

Sahabat Syurga itu,
adalah yang kala kita jatuh ke neraka,
dia akan merempuh bahang menghulurkan tangannya.

Sahabat Syurga,
semua menginginkannya,
tetapi ramai yang terlupa untuk menjadinya...

# alhamdulillah, dan terima kasih buat kakak saya yg mendedikasikan sajak indah ini buat saya.. Kakak,, terima kasih sudi menjadi sahabat syurga saya.. semoga cita-cita kita seindah hurun ein menjadi impian nyata.. sayang kakak kerana Allah~!

Allah knows how much i miss you, dear~!!

Friday, October 14, 2011

jangan mengeluh~!

bismillah..

Salam Jumaat buat hakima dan sahabat2.. semoga hari ini lebih ceria dan bersemangat dalam menempuhi segala macam rencam duniawi..

dalam meneruskan langkahan kaki di bumi Allah yang luas ini,, terkadang, letih menyapa diri.. terkadang lelah menghampiri diri.. astaghfirullah.. hakima mahu mengajak diri hakima sendiri, juga sahabat-sahabat yang hakima kasihi kerana-Nya,, biar bagaimana sukar ujian yang kita tempuhi, biar bagaimana perit dugaan yang Allah hamparkan buat kita, biar bagaimana lelahnya jalan hidup yang kita sedang hadapi,, yakinlah Allah sentiasa ada menemani.. Dia amat dekat dengan kita.. maka jangan mengeluh~! malunya kita apabila dilihat-Nya sedang mengeluh, sedang berputus asa dr rahmat-Nya yang Maha Luas..

teruslah melangkah.. teruslah berjalan tanpa henti.. :-)   ..let's recharge our soul with this very inspired song..~


"Ya Allah, kami serahkan semua urusan hidup kami kepada-Mu.. aturkanlah yang terbaik, dan senangkanlah hati kami dengannya.. sesungguhnya kami redha Engkau sbg Tuhan kami, Islam sbg cara hidup kami, dan Rasulullah s.a.w sbg ikutan kami.."

p/s: (fastabiqul-khairat) - let's recite kahfi for those who not start it today.. ;-)