Wednesday, July 13, 2011

tadaima~

bismillah..

tadaima = i'm home !

alhamdulillah, saya selamat sampai ke tanah air tercinta jam 1 ptg waktu malaysia semalam.. subhanallah, percutian yg memenatkan, syukur alhamdulillah 'tidak demam' spt travelling jarak jauh sebelum ini..

indonesia, good bye~

meninggalkan tanah air saat event penting berlangsung, menjadikan saya ketinggalan..waaa! sedih amat.. dan dikelilingi insan yang 'dengan mudah mempercayai omongan media malaysia', saya jadi sebak..sedih sendiri.. cuma satu yang saya membuatkan saya 'nyaman' bila televisi indonesia mendedahkan juga kekejaman polis malaysia.. bagaimana demostran diperlakukan, bagaimana pimpinan diperbuat sesuka mereka.. suatu gambaran yang pastinya tidak ditunjukkan oleh televisyen malaysia...

dan,, menjadi tugas diri untuk menyiapkan diri dengan pengetahuan dan asas ilmu yang sebanyak-banyaknya berkenaan isu ini.. yaAllah, sinari diri ini dengan cahaya kebenaran dan pengetahuan yang banyak..ameen~
[kenangan bersama bersih 1.0 begitu bermakna~!]

kepulangan ke Malaysia juga disajikan dengan berita yang benar-benar menyedihkan.. admission of mama into hospital.. mama coma on off.. sedih.. x sabar nak balik kelantan jenguk mama.. yaAllah, andai masa mama telah tiba, pelihara keimanan beliau.. sempatkan diriku menatap wajah suci mama yang sarat dengan kasih sayang.. mama yang sentiasa mendoakan kebaikan serta kejayaan anak-anak dan cucu-cucunya...

seputar mesej ummi saat diri ini masih di indo...

mama masih tak sedar..nafas kuat. maybe strok. now otw to perdana kb.. umi nak balik kb, so far flight pagi full.. DOAKAN MAMA, ALLAH PERMUDAHKAN, MAMA SENTIASA DALAM IMAN..


Salam sayang, MAMA x sedar wal pg lagi sampai kini. doktor kata mama kritikal. diminta semua anak2 umi solat sunat dan baca yasin. Doakan agar Allah permudahkan urusan kita semua dn mama sentiasa dlm IMAN. tk.  ~sabar~

Tuesday, July 5, 2011

bersih..bersih..bersih..

bismillah..

'BERSIH', perkataan yang menimbulkan pelbagai andaian, kegusaran, segala-galanya di Malaysia mutakhir ini.. walhal ia cuma satu himpunan rakyat yang menuntut keadilan dan ketelusan pihak berwajib untuk melaksanakan amanah menyelia dan memastikan proses pilihanraya ini berjalan dengan baik.. bagaimanapun, ia telah dihidangkan dengan pelbagai pandangan negatif, cacian, tohmahan, malah ia telah dikaitkan dengan keganasan. ia bukanlah satu yang diharamkan dalam proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia. hasrat ini juga mengalami provokasi yang sangat tinggi sehingga mencetuskan kemarahan dan kemeluatan yang tinggi di hati pendokong-pendokongnya..

ya Allah, bukakan hati insan-insan yang Kau cintai untuk melihat kebaikan di setiap perkara.. Kerajaan punya kebaikan yang harus diingati, namun 'pembangkang' juga mempunyai suara yang harus didengari. setelah sekian banyak kezaliman yang dilakukan (yang telah menutup kebaikan yang dilakukan), Kau aturkanlah yang terbaik..

sungguh, alasan ia menyesakkan jalan dan mengganggu lalu lintas, ia kurang konkrit.. sedang selama ini kerajaan boleh membenarkan banyak function2 seperti lumba basikal, marathon, dan segalanya yang tiada kaitan dengan pembangkang beroperasi dengan baik..  dan mengapa bila ada demonstrasi yang menuntut kebaikan dalam sistem pilihanraya ini, ia dihalang.. double standard jelas terpamer..

insyaAllah this weekend i'll go to Jakarta for our research's trip.. namun, hati dan perasaan masih disini.. bersama perjuangan yang didokong dan diwarisi sekian lama... yaAllah, dalam kesukaran dan kelemahan ini, pasti ada hikmah yang lebih besar...innama nasyku bath-thuna wa huzna ilaiKa ya Rabb.. ya Allah... ya Jabbar~

~ ameen, ya Allah ~