bismillah..
[oh, sudah lama tidak mencoret di sini.. rindu~ sebenarnya, ada sahaja idea mahu diluahkan di sini, namun sering ada sahaja pelbagai benda lain yg difikirkan dan mahu diselesaikan dahulu..huhu,, dan akhirnya niat itu berlalu sahaja..maka, kali ini ia tidak boleh terjadi lagi...]
alhamdulillah,, Allah beri kesempatan untuk bersama-sama sahabat2 sefikrah di GP ini untuk turut serta dalam majlis ihtifal ini, di Goodhope Hotel, Skudai..(adess, gambar terlupa nk snap..kalut sgt..erk~!) gembira, seronok dan puas hati walau hanya sebentar dan terlalu sedikit yg mampu dilakukan...berjumpa sahabat2 yang bersama-sama membina iman sungguh indah..alhamdulillah~!
pejam celik pejam celik,, rupanya telah 2 minggu hakima menyepikan diri dr bersama-sama sahabat2 sefikrah (Nisa' mahupun adik-adik usrah).. lantaran research commitment, dan bbrp kelemahan yang x mampu dielakkan,, dan harusnya hakima terus berlapang dada.. semoga ada kelemahan yang Allah mahu maafkan, dan semoga ada kekurangan yang mahu Allah perbaiki.. ameen~ rindu bersama-sama mereka,, alhamdulillah Allah pilih untuk bersama dalam majlis ini..
bila sibuk dan jarang bertemu sahabat2 duduk bersama berbicara soal keimanan serta melakukan gerakerja untuk islam tercinta,, teringat pada nasihat hakima buat seorang adik suatu masa.. bahawa,, jangan berterusan begitu.. hati kita akan jauh, dan akhirnya ia bakal mencetuskan bibit-bibit 'mutasaqitun' dalam diri dan jiwa.. ini merupakan ujian Allah untuk menguji hubungan hati kita dengan gerakerja islam.. cepat2lah bermohon supaya Allah menyediakan ruang untuk kita melakukan sesuatu buat Islam..untuk kita bantu agama-Nya..
bandingan melakukan gerakerja Islam bersama-sama sahabat dengan bersendirian mahu menegakkan biah Islam di ruangan kita,, sungguh besar.. hakima merasakannya.. maka,, jangan menjarakkan diri daripada sahabat-sahabat ^_~ walau apa yg berlaku,, berlapang dada dan berdoalah selalu.. Allah pasti bantu kita...
tadi,, ada adik dari institusi lain meminta pandangan tentang usrah, tentang masalah hati, tentang ukhuwwah.. subhanallah, terasa sungguh kerdil untuk merespon.. kerana diri sendiri masih bermujahadah, masih bertatih meningkatkan diri.. apapun, insyaAllah,, memberilah sedikit, kerana ia menyuburkan hati kita.. pada kelemahan sendiri, perbanyakkanlah istighfar, dan bermohonlah supaya Allah perbaiki.. insyaAllah..
seeru 'ala barakatillah...
No comments:
Post a Comment