Tuesday, June 19, 2012

luasnya ilmu Allah

bismillah..

~ Maha suci Engkau (ya Allah), tiadalah ilmu pada kami (tidaklah kami mengetahui) melainkan apa yg Engkau ajarkan, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ~

[monolog diri saat mata dan jiwa ini masih ingin terus membaca dan memahami keluasan ilmu-Nya ini..kerdilnya diri ini dibandingkan insan-insan yg telah Dia beri ilmu]

Subhanallah..maha suci Allah dari segala kekurangan.. sungguh ya Allah, amat luas dan tinggi ilmu yg Engkau miliki, yang Engkau hadiahkan buat sang hamba yang benar-benar berusaha mendalaminya, juga sang hamba yang tanpa putus mengkaji..

"ya Allah, jadikanlah aku orang yang 'alim dan faqih dalam bidang yg kuceburi ini.. semoga dgn ini aku dapat menyumbang dan memberi manfaat pada yg lain, terutama untuk agamaku ini..amin, ya Allah!" - perkongsian doa dari sahabat yang kupanggil 'kakak' yang juga sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah.. moga Allah permudahkan jua urusan hidup juga pengajianmu, kakak! semoga juga Allah meredhai usaha kamu...! [rindu..huhu!]



ya, sesekali terbit di minda 'apalah sangat ilmu kimia yang menyumbang untuk Islam, andai dibanding dengan ilmu2 lain seperti usul fiqh, usuluddin, syariah, dakwah serta pelbagai lagi cabang ilmu Islam khusus'.. namun, insyaAllah walau apa-pun ilmu yang didalami, hakikatnya ia adalah ilmu Allah! bila ia datangnya dr Allah, ia pasti yg terbaik..terbaik buatku..amin, insyaAllah~

ya Allah, yassirni fi hazal-amr..o'Allah, ease me in this matter..in this study..saat terasa amat sukar memahami, mencerna juga mensintesis ilmu-Mu ini, kuatkan azamku untuk terus berusaha..sekali-kali jgn patahkan semangatku ya Rabb..wahai Tuhan yg Maha Memberi, Maha Menguatkan, Maha Bijaksana.. semoga dgn ilmu ini menjadikan hambaMu yg hina ini lebih makrifat, lebih bertaqwa, dan mampu mengizzahkan Islam dgn khusus..ameen~

Allah..!!

Thursday, June 7, 2012

amilin harus cemerlang!

bismillah...

in these few days, teringat pada satu perbualan dgn labmates.. fikrah mereka pelbagai, so setiap tuturkata mereka tu harus dianalisis dan dinilai dengan baik..nilaian dgn mata hati ^_^

"si A ni pandai tau kak..tapi sayang, dia sibuk dgn kerja-kerja luar. habis tertinggal pelajaran"

"si B ni memanglah kurang sikit, saya pun teruk juga..tapi seriuslah bab study. bila fail, kan susah"

jujur, saya terdiam mendengar luahan mereka. mungkin kelihatan mereka memperlekeh 'adik-adik' saya, namun jauh di sudut hati saya kesal dan sedih. bila kita meletakkan diri kita di posisi pendokong harakah Islam, sang amilin,, harusnya sikap, tabiat, persepsi, wawasan, dan segalanya harus berubah..berubah menjadi lebih positif, lebih baik, dan lebih cemerlang...

dahulu, hakima bukanlah seperti sekarang..mentaliti, maturity, pandangan terhadap kehidupan etc jauh berbeza..lebih teruk, for sure.. alhamdulillah Allah keluarkan dari kegelapan itu.. inikan doa harian kita dalam mathurat, berdoalah dgn kesungguhan, pasti Allah bantu kita! insyaAllah...Allah telah memilih kita untuk beramal dgn zikir2 mathur itu, maka rasakanlah anugerah Allah bagi hamba2Nya yg yakin dgn janji-Nya..

ya, tiap kita pasti punya kelemahan, kekurangan, kejelikan, dan yg sewaktu dgnnya..namun yakinlah, umat Islam adalah umat yg cemerlang! Allah memang jadikan kita dgn segala kekurangan itu, kerana DIA mahu merahmati kita pada usaha untuk mengatasi kelemahan itu.. Allah memang jadikan kita tidak pandai bila kita compare dgn kawan2 kita yg tiada fikrah pun,, kerana DIA mahu kita rasa manisnya kejayaan itu setelah kita berusaha dan bersungguh melebihi rakan-rakan kita yang walaupun belajar sekejap (amalah ada yg x perlu belajar sgt pun!).. sesungguhnya setiap aturan-Nya itu berhikmah!

maka, kenalilah potensi diri, kenalpastilah kelemahan diri yang akan kita perbaiki.. kita bukan lemah dgn kelemahan itu, bahkan itulah kekuatan kita yg paling ampuh apabila kita perkuatkannya... sesekali, jangan perlekeh diri kita kerana kita telah Allah angkat sebagai sebaik-baik penciptaan berbanding makhluk2Nya yg lain.. tinggal lagi kita realisasikannya dengan 2 panduan agung yang dihadiahkan-Nya, iaitu Al-Qur'an dan Hadith.. dan jalan untuk memahaminya adalah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh junjungan besar kita, Muhammad s.a.w dan ulama' pewaris Nabi...

yuk, muhasabah diri yuk...mungkin kita bukanlah yang terbaik, tapi kita pasti boleh lakukan yang terbaik! Allah bukan lihat natijah (result), tapi usaha kita...

mari berusaha untuk kecemerlangan~!! kerana Allah...

UNIC - Menuju Wawasan