Wednesday, February 20, 2013

Haraki Note: Nusaibah, Baiah

bismillah..

taujihat mesy DMPKGP 16 Feb 2013.

Kisah Nusaibah - muslimah yang sentiasa ikut peperangan bersama Rasulullah s.a.w.. setelah beliau mendapat jaminan syurga drpd Rasulullah, beliau semakin bersemangat utk bersungguh2 dalam jihad. begitulah seharusnya kita, setelah mentadabbur ayat2 bahawa pertolongan Allah itu hampir, bahawa ganjaran Allah itu amat besar buat yang berjuang dan berkorban demi Islam, bahawa azab Allah amat pedih buat yang  lari drpd medan perjuangan,, juga pelbagai lagi ayat taujihat, seharusnya kita lebih bersemangat memburu ganjaran syurga seperti yang dijanjikan buat Nusaibah..

surah Al-Fath: 10 - tuntutan baiah
surah Al-Fath: 18 - ganjaran drpd baiah dan gerakerja yg kita buat: Allah redha.

berhati-hati dengan 5 kekangan kita dalam melaksanakan tugas jihad:
1. Org mukmin yg dengki
2. Org munafik
3. Org Kafir yang tidak suka
4. Syaitan
5. Nafsu kita sendiri

# akhlak Rasulullah s.a.w yang paling baik: TENANG.

Monday, February 18, 2013

sebak!

bismillah..

hari ini, saya sebak sgt..benda ni dah lama pun sebenarnya, seharusnya sy harus telah mampu lebih positif dan melupakannya..

ya Allah, kuatkan hakima utk terus memegang prinsip bahawa "tanda kita ikhlas memaafkan, kita pasti mampu melupakan".. ya Allah, maafkan hakima bila tidak mampu.. ya Allah, peliharalah hakima daripada meluahkan rasa yang tidak enak ini kepada manusia.. bebaskanlah hakima daripada penghargaan, kasihan, juga buruksangka manusia...Allah~

mie mengandung dan melahirkan anak..

Ya Allah, pertengahan tahun lalu, Kau hadirkan seseorang utk mengkabarkan berita kehamilan mie..hanya Kau yg Maha Tahu asbab, hikmah, mahupun tarbiah yg mahu Kau berikan but sang hamba hina ini.. terima kasih yaAllah bila Kau menghilangkan rasa haramku buat suami mie..Alhamdulillah! bila Kau benar-benar hilangkan rasa ini, Kau hadirkan rinduku yg amat kpd mie..rindu sgt nk bertanya khabar, bertukar cerita, dan sebagainya...tp jauh di sudut hati ini, hakima risau sgt andai mengganggu mie dan suaminya.. kerisauan ini mendiamkan hakima seribu bahasa..mendiamkan diri tanpa sebarang berita.. yaAllah..
ya Allah, pelihara, rahmati dan kasihilah mie, suaminya, juga anak mereka..jauhilah mereka drpd kejahatan makhluk-Mu..sungguh, hakima menyayangi mereka dgn ikhlas kerana-Mu..
ya Allah, bantulah hakima utk sentiasa menzahirkan rasa gembira, bahagia dan syukur dgn segala kebaikan yang Kau anugerahkan buat mereka...

tazkirbuatdiri : hakima, bila Allah izinkan kamu telah mengecapi bahagia melalui anugerah suami, perhatikanlah insan-insan di sekelilingmu yang akrab dgn kamu..jangan wujudkan gap antara kamu dan insan-insan itu.. pernikahan kamu bukan untuk memutuskan persahabatan, bukan untuk memutuskan kemesraan kamu dgn mereka.. bahkan rasakanlah bahagia kamu itu pada mereka.. syukur kamu itu ada tuntutannya.. Allahumma a'inni...

Mantan ketua Nisa' dan AJK ku yang berkata ttg kelemahanku di belakangku..

ya Allah, bila Kau tentukn hakima menerima taklifan ini, pastinya Kau lebih mengetahui kebaikan buatku..pastinya Kau lebih tahu kelemahan dan kekuatanku..Engkau lebih tahu berbanding diriku sendiri, yaAllah..
yaAllah, sebatas pengetahuanku, aku tahu diriku amat lemah, diri ini amat jahil, diri ini amat bodoh, diri ini amat hina, diri ini amat banyak kekurangan.. yaAllah, maafkan diriku bila tidak mampu melihat hikmah di sebalik ketentuan-Mu ini.. ya Allah, apakah kualitiku yang mahu Kau zahirkan kehebatanMu? bantulah hakima..Allah!
ya Allah, rasakanlah bersalah pada diri mereka, bahawa mengatakan ketidaksenangan kita terhadap seseorang kepada orang hanya dgn alasan 'x suka cakap direct' atau 'malas'.. bantulah mereka utk berterus terang...
ya Allah, hakima ingin memaafkan mereka..kemaafan yg sungguh2.. kemaafan yang menatijahkan lupa hakima pada perkara kurang enak yg pernah berlaku..bantulah hakima juga utk memperbaiki kelemahan lalu..Allahumma a'inni..

Allahumma a'inni..Allahumma a'inni..Allahumma a'inni..astaghfirullah~

Tuesday, February 12, 2013

4 Tanda Hidup Tidak Berkat


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=293667474093315&set=a.260478207412242.62038.260466254080104&type=1&theater



Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan daripada Allah.

Monday, February 11, 2013

jgn bebankan ummi..

bismillah..

kes van.

iya kehadirannya membatu di garaj memang menyesakkan pandangan. laluan masuk kian sempit, kerja-kerja mengemas di bahagian tersebut juga agak menyulitkan. ya semua org punya impian melihatnya keluar walau sebentar drpd ruang itu. dan yang mampu menyelesaikannya adalah ayah. namun mengapa harus dihamburkan rasa tidak puas hati itu pada ummi? dan ummi yang sekian lama bertahan dgn sikap ayah pastinya semakin tension..bila dimarahi, tidak dihiraukan, dilancarkan perang dingin, dan sebagainya..

maka nasihatku buat diriku dan semua, kenalpasti dengan siapa setepatnya kita berurusan, dan nyatakanlah urusan kita itu padanya..jangan dibebankan pada ummi. cukuplah ummi risau dan pening dgn pelbagai urusan lain. bantulah ummi mengurangkan beban yang seharusnya kita tangani sendiri..

andai tidak mampu berbicara langsung dgn ayah dan seterusnya meyakinkannya, belajarlah utk berlapang dada.. menerima kelemahan itu seadanya. Allah sedang mendidik kita. yakinlah!

malu bila rakan sahabat teman malah orang istimewa kita dtg dgn keadaan begitu? mahu org melihat yg baik-baik shj ttg kita? oh, egonya kita.. kita adalah diri kita yg sebenarnya.. pandangan yg mulia ataupun hina orang pada kita, itu Allah yang tentukan. usah bersedih pada urusan yang diluar kemampuan kita. biarlah mereka dengan persepsi mereka, yang paling penting adalah kita melakukan yang terbaik urusan kita. pada urusan dgn manusia, jgn terlalu mengharapkan perfection, krn antara kita dan dia itu ada Allah.. Allah mampu membaikkan mahupun memburukkan..

Allahu Musta'an~!