Tuesday, November 22, 2011

oh adikku~

bismillah..

alhamdulillah, Allah izinkan program 'adhoc' bersama adik-adik berjalan lancar.. walau tanpa perancangan yang begitu rapi, insyaAllah matlamat ukhuwwah tercapai.. alhamdulillah, rabithah hati ini mula terbentuk.. semoga ia terus subur, dan sentiasa dalam redha-Nya..alhamdulillah,, gembira ^_~

macam-macam gaya~

agenda ringkas:: ta'aruf bermodul > aktiviti (soalan lazim pengetahuan am) > lunch > solat zuhur berjemaah > tazkirah oleh Ajad (dari taujihat ringkas menjadi nasihat-nasihat dan sharing oleh kakak2 yang meleret..huhu).. dan bersurai...

antara kata-kata sekadar tazkir buat diri juga yang mahu terus thabat di jalan ini...

"bila Allah kata Dia akan uji kita sebagaimana yg terlayak dengan kemampuan kita, Dia memang buat mcmtu..  Allah juga pasti akan buatkan kita sibuk. so, pilihlah nak sibuk di jalan mana.. kalau kita nak sibuk di jalan perjuangan, insyaAllah Allah akan atur sisi lain kehidupan kita.. Dia akan mudahkan.. tapi ingat,, Dia akan uji kita di jalan perjuangan ini... bersedialah mental dan fizikal.."

"motivasi untuk terus teguh dan thabat di jalan dakwah dan tarbiyyah ini ada dalam diri kita.. kenali diri kita, dan sandarkanlah harapan pada-Nya untuk kuatkan kita.."

dan nasihat akhirku buat adik-adik..semoga ia menjadi nasihat buat diriku juga, insyaAllah..

"adik-adik,, walau kita berbeza fokus perjuangan, kita lahir dari medan yg sama.. adik-adik jgn lupa, kalian ada kakak dan abang yang punya tanggungjawab buat kalian.. janganlah rasa 'menyibuk' bila mahu meminta bantuan.. pertolongan yang diminta itulah penghubung kakak/abang dengan kalian.. bantuan itu juga mungkin menjadi asbab untuk abang/kakak terus thabat di jalan perjuangan ini... dan buat sahabat-sahabat,, kita punya tanggungjawab buat adik-adik.. andai ada salah pada mereka, ia adalah kesalahan kita.. sebelum ia menjadi lebih parah, mari kita perbetulkannya.. generasi tinggalan kita adalah cerminan diri kita...
dan buat setiap diri kita,, mungkin selama ini kita pernah melupakan sahabat, adik dan kakak kita.. maka mari kita kejapkan hubungan hati kita, dan terus saling mendoakan.. insyaAllah kita akan menjadi lebih baik.."

# adik-adik mahukan kakak angkat...erk,,,

Tuesday, November 15, 2011

the more you give the more you get~!

bismillah..

setelah agak lama sibuk dengan urusan diri,, terasa amat gersang jiwa ini.. astaghfirullah.. lalu blogwalking siang tadi menemukan hakima dengan suatu kata-kata yang amat indah,, ini dia...


dan,, hakima terkesan amat dengan dua baris terakhir,, saat bangun tidur, tanyakan: "Siapa yang mahu saya bantu hari ini?" saat berjumpa gambar ini, tengahari.. (wah, waktu bangun tidur telah lama berlalu..),, lalu hanya mampu berbicara dan bermohon dengan Allah sediakan peluang untukku membantu.. siapa sahaja, apa aja..

alhamdulillah, after a while, ummi dearest mesej "hakima tolong post barang adik,, hari ini juga".. subhanallah,, walau ada tugas di 'ofis', Allah kurniakan semangat untuk menunaikan permintaan ummi.. kebetulan juga ayah bawa kereta lain, so i have my lovely 'boyfriend' si kenari hitam.. alhamdulillah.. dan after lunch, tugasan itu berjaya diselesaikan.. alhamdulillah, bersyukur amat atas peluang yg Allah hadiahkan.. dan sepulangnya dr post office, adik lab terus sapa saya.. "kak ainul cakap nak book IR kan? jom.." huhu, mudahnya Allah atur kehidupan kita..segala puji bagi Allah yang Maha Memudahkan...

petangnya,, sahabat juga adik saya si blogger femes tu mesej minta tolong.. subhanallah, saya gembira dapat melakukan sesuatu, walau mungkin kecil amat.. alhamdulillah, ya Allah.. semoga setiap hari Allah sentiasa hadirkan peluang mahupun sahabat mahupun sesiapa sahaja untuk kita bantu.. ia suatu perasaan yg sungguh indah,, alhamdulillah~!

Sunday, November 13, 2011

ihtifal Pasti GP 2011

bismillah..

[oh, sudah lama tidak mencoret di sini.. rindu~  sebenarnya, ada sahaja idea mahu diluahkan di sini, namun sering ada sahaja pelbagai benda lain yg difikirkan dan mahu diselesaikan dahulu..huhu,, dan akhirnya niat itu berlalu sahaja..maka, kali ini ia tidak boleh terjadi lagi...]

alhamdulillah,, Allah beri kesempatan untuk bersama-sama sahabat2 sefikrah di GP ini untuk turut serta dalam majlis ihtifal ini, di Goodhope Hotel, Skudai..(adess, gambar terlupa nk snap..kalut sgt..erk~!) gembira, seronok dan puas hati walau hanya sebentar dan terlalu sedikit yg mampu dilakukan...berjumpa sahabat2 yang bersama-sama membina iman sungguh indah..alhamdulillah~!

pejam celik pejam celik,, rupanya telah 2 minggu hakima menyepikan diri dr bersama-sama sahabat2 sefikrah (Nisa' mahupun adik-adik usrah).. lantaran research commitment, dan bbrp kelemahan yang x mampu dielakkan,, dan harusnya hakima terus berlapang dada.. semoga ada kelemahan yang Allah mahu maafkan, dan semoga ada kekurangan yang mahu Allah perbaiki.. ameen~ rindu bersama-sama mereka,, alhamdulillah Allah pilih untuk bersama dalam majlis ini..

bila sibuk dan jarang bertemu sahabat2 duduk bersama berbicara soal keimanan serta melakukan gerakerja untuk islam tercinta,, teringat pada nasihat hakima buat seorang adik suatu masa.. bahawa,, jangan berterusan begitu.. hati kita akan jauh, dan akhirnya ia bakal mencetuskan bibit-bibit 'mutasaqitun' dalam diri dan jiwa.. ini merupakan ujian Allah untuk menguji hubungan hati kita dengan gerakerja islam.. cepat2lah bermohon supaya Allah menyediakan ruang untuk kita melakukan sesuatu buat Islam..untuk kita bantu agama-Nya..

bandingan melakukan gerakerja Islam bersama-sama sahabat dengan bersendirian mahu menegakkan biah Islam di ruangan kita,, sungguh besar.. hakima merasakannya.. maka,, jangan menjarakkan diri daripada sahabat-sahabat ^_~ walau apa yg berlaku,, berlapang dada dan berdoalah selalu.. Allah pasti bantu kita...

tadi,, ada adik dari institusi lain meminta pandangan tentang usrah, tentang masalah hati, tentang ukhuwwah.. subhanallah, terasa sungguh kerdil untuk merespon.. kerana diri sendiri masih bermujahadah, masih bertatih meningkatkan diri.. apapun, insyaAllah,, memberilah sedikit, kerana ia menyuburkan hati kita.. pada kelemahan sendiri, perbanyakkanlah istighfar, dan bermohonlah supaya Allah perbaiki.. insyaAllah..

seeru 'ala barakatillah...

Thursday, November 3, 2011

kerana DIA yg memiliki segala-galanya..

bismillah..

alhamdulillah,, Allah beri kekuatan untuk stayback dan stay-up menjalankan eksperimen di lab..eksperimen yg tertangguh hanya kerana kelemahan diri sendiri.. maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan lupa,, yang menghadiahkn semangat dalam diri ini, dan mencukupkan diriku untuk rehat sebentar.. alhamdulillah..

sesekali, 'jeles' melihat teman2 mampu fokus sebaiknya dalam research mereka.. sedang diri yang telah diinfakkn pd jalan dakwah ini,, masih bertatih dan sesekali hilang arah dalam dunia akademik ini.. namun,, ayat-ayat-Nya sering menghiburkan diri untuk terus melangkah, biarpun tatihan ini sungguh lambat.. langkahan yang dihayun dengan keyakinan bahawa hanya Dia yang memiliki segala-galanya, dan Dia Maha Berkuasa atas apa aja.. subhanallah..



ya Allah,, maafkan kesilapan laluku,, maafkan kelalaianku yang lalu,, maafkan ketidaksungguhanku dalam penyelidikan ini,, maafkan kehilangan fokusku pada urusan yang harus dipandang berat.. maafkan diriku yang sering mengesampingkan amanah penyelidikan ini... ya Allah, Engkau yang Maha Mengatur,, aturkanlah hidupku dengan cara yang paling Kau sukai, yg paling Kau redha.. kurniakanku kecemerlangan di jalan dakwah,, juga jalan akademik ini.. semoga ia menjadi izzah buat deenku tercinta, Islam yang tinggi...
Allahumma ameen~!

ya Allah, bantulah sahabat2, teman2, juga insan-insan yang mencari-Mu dengan wasilah penyelidikan ini.. give us strength, give us great chance to contribute for ummah and Islam...ameen~

Wednesday, November 2, 2011

rabithah hati ini..

bismillah..

at this time, missing so much my dearest friends in this precious road.. sahabat-sahabat fillah yang snts gembira dgn susah senang dunia dakwah.. alhamdulillah ya Allah, thanks, Allah for this precious ukhuwwah.. semoga Kau terus pelihara kami untuk terus ghairah dengan usaha dakwah dan islah kerana-Mu.. ameen...
Lagu berupa doa ini...best sgt~!!


Rabithah - Izzatul Islam


Sunday, October 23, 2011

sebak - bukan niatku..

bismillah..

hm, tak mau tulis banyak-banyak.. bila hakima dengar lagu "Bukan Niatku" nyanyian munsyid Devotees, hati hakima sebak sgt.. ia bagai luahan insan yg hampir dgn hakima, merayu insan-insan terhampir dgnnya membantu menguatkan semangatnya.. when i heard his cry, i felt that i'm not good enough in praying the best for them.. yaAllah, asifni.. o'Allah, forgive me.. maafkan saya, sensei..

dan,, bila rakan hakima memandang serong pada mereka, hakima terasa sgt.. mudahnya kita judge orang.. penilaian kita itu kerana-Nya kah? so here i would like to advise sahabat2 yang sudi baca entri ini untuk sentiasa melihat yg positif dari setiap apa yang berlaku.. melihatlah dgn mata hati.. melihat dgn penuh keimanan.. kalau x nampak juga, tanya lah Allah.. Dia pasti lebih tahu.. He Knows Best~!

Monday, October 17, 2011

sahabat syurga

bismillah..

# juz a share.. puisi oleh sahabat saya.. (hakima x pandai berkarya ni..huhu)




Sahabat Syurga itu,
adalah yang wujud di dunia,
bukan sekadar duduk bersama
tetapi mengajak kita kepadaNya.

Sahabat Syurga itu,
bukan dikenali dengan wangnya,
juga bukan dengan keindahan wajahnya,
tetapi dengan kecantikan akhlaknya,
dan kesungguhannya mengajak kita ke syurgaNya.

Sahabat Syurga itu,
adalah yang menimbulkan rasa untuk berubah di dalam diri,
bukanlah Sahabat Syurga itu sempurna seperti Malaikat Ilahi,
dia manusia sama seperti kita ini,
tinggal, dia berusaha memperbaiki diri.
Lantas, kita turut terserap sekali.

Sahabat Syurga itu,
bukanlah yang sekadar bersama saat gembira,
bukanlah juga yang sekadar ada saat sedih,
tetapi dia bersama sepanjang masa,
walau terpisak jarak dunia,
hatinya dan hati kita sentiasa bersatu,
di dalam lancaran doa-doanya.

Sahabat Syurga itu,
adalah yang kala kita jatuh ke neraka,
dia akan merempuh bahang menghulurkan tangannya.

Sahabat Syurga,
semua menginginkannya,
tetapi ramai yang terlupa untuk menjadinya...

# alhamdulillah, dan terima kasih buat kakak saya yg mendedikasikan sajak indah ini buat saya.. Kakak,, terima kasih sudi menjadi sahabat syurga saya.. semoga cita-cita kita seindah hurun ein menjadi impian nyata.. sayang kakak kerana Allah~!

Allah knows how much i miss you, dear~!!