Ramai orang fikir,
“Aku cakap je, bukan pukul pun.”
“Aku bergurau je, takkan sentap?”
Tapi sedarkah kita
Kadang-kadang satu perkataan yang kita lempar,
boleh jadi beban dalam hidup seseorang bertahun-tahun.
Kita fikir kita hanya mengata, dia dah lupa.
Kita fikir kita hanya marah, dia dah biasa.
Kita fikir kita hanya menyindir, dia patut tahan.
Tapi realitinya?
Ada orang yang hari-harinya gelap sebab kata-kata kita.
Ada orang yang hilang keyakinan sebab kita merendah-rendahkan dia.
Ada orang yang trauma sebab kita buat dia rasa tak cukup baik, tak cukup layak.
Dan kita lupa
Dosa dengan manusia, Allah tak ampunkan selagi manusia itu tak maafkan.
Nabi pesan, jangan sakiti hati orang
Nabi ﷺ bersabda:
“Seorang Muslim itu ialah yang mana Muslim lain selamat daripada LIDAH dan tangannya.”
(HR Bukhari & Muslim)
Dan dalam hadis lain:
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu perkataan yang tidak dipertimbangkan bahayanya, lalu kerana itu dia terjerumus ke dalam neraka yang lebih jauh dari jarak timur dan barat.”
(HR Bukhari & Muslim)
+
Siapa yang paling banyak meninggalkan luka?
Biasanya antara orang yang banyak menyebabkan trauma adalah mereka yang ada kuasa ke atas seseorang.
1) Ibu bapa terhadap anak
- Sebab anak kecil tak boleh melawan.
- Apa yang ibu bapa kata akan melekat di hati anak seumur hidup.
2) Bos terhadap staf
- Sebab staf bergantung pada bos untuk rezeki.
- Bila diperlakukan dengan kasar, mereka terpaksa diam dan pendam.
3) Suami terhadap isteri
- Sebab suami ada kelebihan kuasa dalam rumah tangga.
- Bila suami tak menghargai, isteri makan hati.
4) Mentua, ipar duai dan keluarga mentua
- Sebab mereka ada hubungan kekeluargaan yang tak boleh diputuskan.
- Bila menantu diperlakukan buruk, dia tak boleh buat apa selain menangis dalam diam.
5) Guru terhadap murid
- Sebab guru adalah orang yang membentuk masa depan murid.
- Kata-kata guru boleh membunuh keyakinan atau memberi inspirasi seumur hidup.
6) Anak terhadap ibu bapa
- Sebab ibu bapa dah tua dan tak mampu bersuara.
- Bila anak buat mereka makan hati, hanya air mata yang mampu mengadu pada Allah.
📌
Contoh trauma yang kita tinggalkan tanpa sedar
1) Mak mentua perlekeh menantu.
“Kerja tak nak, harap laki tanggung je.”
“Tak pandai masak, tak reti jaga suami, apa yang ada pada dia?”
“Anak aku gilakan kau sebab termakan benda.”
“Kau ni, aku cari isteri lain untuk anak aku!”
2) Ipar-duai tajam mulut.
“Masa susah, tahu cari keluarga. Dah senang, sombong.”
“Boleh tahan juga kau control laki kau eh?”
“Eh, dah lama kahwin, tak ada anak lagi? Bila nak bagi keturunan keluarga kita ni?”
3) Suami/Isteri mengungkit.
“Aku dah banyak berkorban untuk kau, tapi kau tetap tak cukup baik.”
“Patutnya aku kahwin dengan orang lain.”
“Rumah ni bersepah je, duduk rumah buat apa kalau tak boleh urus rumah?”
4) Bos terhadap pekerja.
“Kalau kau tak suka kerja ni, ramai lagi orang boleh ganti kau.”
“Gaji aku bayar, kau buat kerja je jangan banyak cakap!”
“Kau ni pemalas, tak ada masa depan kalau kerja macam ni!”
5) Guru terhadap murid.
“Kau ni memang lembab, belajar tak faham-faham!”
“Kalau kau tak pandai, duduk belakang diam-diam. Jangan menyusahkan cikgu!”
“Budak macam kau ni tak ada harapan, SPM pun mesti gagal!”
6) Anak terhadap ibu bapa.
“Mak ni membebankan, menyusahkan hidup kami.”
“Abah tu kerja gaji kecil, sebab tu hidup kita susah.”
“Mak/Ayah tak tahu apa, jangan sibuk nasihat.”
7) Kawan suka merendahkan.
“Eleh, kau tu tak ada apa-apa pun.”
“Dapat kerja tu pun sebab kabel, bukan sebab hebat.
“Kau ni dari dulu tak berubah, tetap lemah dan lembik!”
“Kau nak join kita? Eh, level kau jauh lagi nak sampai”
8. Ibu bapa merendahkan anak.
“Asyik gagal je, anak orang lain boleh berjaya, kenapa kau tak boleh?”
“Tengok anak jiran sebelah, pandai, dengar cakap. Kau ni?”
“Mak/Ayah dah banyak berkorban untuk kau, tapi kau tetap menyusahkan!”
“Kau ni mengada-ngada je, benda kecil pun nak terasa.”
“Jangan nak tunjuk lemah sangat, semua orang ada masalah!”
9) Menghina rupa atau fizikal seseorang (Body Shaming).
“Dari dulu tak berubah, tetap gemuk je!”
“Muka kau ni kalau putih sikit, mesti cantik.”
“Pendek macam ni, siapa je nak kahwin dengan kau?”
“Kurang-kurang cermin diri dulu sebelum nak bercakap besar.
😥😥
Minta maaf sebelum terlambat
Kalau kita pernah sakiti orang, jangan tunggu akhirat baru nak menyesal.
Dosa sesama manusia, hanya manusia itu boleh maafkan.
1) Kalau pernah fitnah, pergi tarik balik fitnah tu.
2) Kalau pernah hina, pergi pujuk dan cakap baik-baik.
3) Kalau pernah buat orang trauma, berdoa moga Allah kembalikan ketenangan dalam hidupnya.
4) Kalau pernah buat mak ayah makan hati, segera minta maaf sebelum ajal menjemput mereka.
5) Kalau pernah menindas staf atau pekerja, perbaiki hubungan sebelum Allah tunjuk balasan.
Jangan buat orang menangis sebab kita.
Jangan buat orang trauma sebab kita.
Jangan buat orang hilang harapan sebab kita.
Kerana nanti di akhirat
kita akan berdepan dengan semua luka yang pernah kita buat.
📌📌📌
Dan saya juga nak ambil kesempatan ini
Kalau pernah ada kata-kata saya yang melukakan sesiapa, saya mohon maaf.
Kadang-kadang kita rasa kita mangsa,
tapi mungkin dalam perjalanan hidup,
kita juga pernah buat orang lain SAKIT tanpa sedar.
اللهم لا تجعلنا من الظالمين، واغفر لنا ذنوبنا
“Ya Allah, jangan jadikan kami dalam kalangan orang yang menzalimi, dan ampunkan dosa-dosa kami.”
Syahira Mohamed,
Jangan sampai lidah kita yang tajam, menjadi beban yang menghancurkan kita di akhirat
No comments:
Post a Comment