Tuesday, January 10, 2012

sakit itu nikmat ^^

bismillah..

segala puji bagi Allah yang menghadiahkan apa juga situasi buat hamba yang dicintai-Nya.. kemudahan itu nikmat, kesenangan itu nikmat, kejayaan itu nikmat, kesihatan itu nikmat, kefahaman itu nikmat, hatta kegagalan, kesukaran, kesempitan, juga kesakitan itu nikmat...subhanallah, alhamdulillah..

"it become worsen - because of this and that"

it's okay.. asbab itu hanyalah pelengkap buat suatu yang lebih besar, namanya ujian.. ujian itu tiba dengan cara yg pelbagai, kerana ia ada dalam kudrat dan iradah-Nya.. kuasa dan kehendak-Nya.. dan kita, adalah hamba yang selayaknya diuji, yang meminjam semua pemberian-Nya, dan imbalan daripada pemberian-Nya adalah pengabdian, kesyukuran, malah menerima dengan senang hati..

bila Allah menarik kembali pinjaman-Nya, rasa syukurlah yg selayaknya..syukur kerana tanggungjawab terhadap pinjaman itu telah terangkat, dan DIA tidak lagi perlu menagih "apa yang kamu telah perbuat" pada nikmat itu.. alhamdulillah...indahnya aturan-Nya..

maka, mengapa harus kecewa, terhina, tersisih, juga menyesal? senangkanlah hati dengan kesabaran.. sakit.. sakit juga anugerah dan nikmat.. rasa ini adalah untuk kita merintih pada-Nya.. rintihan buat yang Maha Memberi yg terbaik.. sebelum nikmat kesembuhan, nikmat Islam, Iman dan Redha-Nya lah yang paling agung.. walau tanpa segalanya, memiliki DIA adalah segalanya...



Allahu akbar~! terima kasih ya Allah atas ilham indah dari-Mu...semoga Engkau hiburkan semua hati hamba-hamba yang Engkau cintai.. sentiasa.. selamanya...ameen~

1 comment:

  1. alhamdulillah..i can feel this. Kak Mah semakin pandai berkarya sekarang. tahniah. teruskan perjuangan ini kak! =)

    ReplyDelete