Monday, October 17, 2011

sahabat syurga

bismillah..

# juz a share.. puisi oleh sahabat saya.. (hakima x pandai berkarya ni..huhu)




Sahabat Syurga itu,
adalah yang wujud di dunia,
bukan sekadar duduk bersama
tetapi mengajak kita kepadaNya.

Sahabat Syurga itu,
bukan dikenali dengan wangnya,
juga bukan dengan keindahan wajahnya,
tetapi dengan kecantikan akhlaknya,
dan kesungguhannya mengajak kita ke syurgaNya.

Sahabat Syurga itu,
adalah yang menimbulkan rasa untuk berubah di dalam diri,
bukanlah Sahabat Syurga itu sempurna seperti Malaikat Ilahi,
dia manusia sama seperti kita ini,
tinggal, dia berusaha memperbaiki diri.
Lantas, kita turut terserap sekali.

Sahabat Syurga itu,
bukanlah yang sekadar bersama saat gembira,
bukanlah juga yang sekadar ada saat sedih,
tetapi dia bersama sepanjang masa,
walau terpisak jarak dunia,
hatinya dan hati kita sentiasa bersatu,
di dalam lancaran doa-doanya.

Sahabat Syurga itu,
adalah yang kala kita jatuh ke neraka,
dia akan merempuh bahang menghulurkan tangannya.

Sahabat Syurga,
semua menginginkannya,
tetapi ramai yang terlupa untuk menjadinya...

# alhamdulillah, dan terima kasih buat kakak saya yg mendedikasikan sajak indah ini buat saya.. Kakak,, terima kasih sudi menjadi sahabat syurga saya.. semoga cita-cita kita seindah hurun ein menjadi impian nyata.. sayang kakak kerana Allah~!

Allah knows how much i miss you, dear~!!

2 comments: