"orang yang bijak adalah yang paling banyak mengingati mati"
~ mari bekerja seumpama kita akan hidup selama-lamanya dan mari beribadat umpama kita akan mati esok! ~
nothing much to say, juz.. when the least we can do for our brothers and sisters in Gaza and Palestine, strive for it.. boycott! it may juz a small act which sometimes looks hopeless or meaningless, but believe me, it was a significant act!
mari terus berdoa dan berhati-hati terhadap pelaburan wang kita.. bila kita tidak mampu membantu orang lain, janganlah jadi asbab menjahanamkannya...Allahu musta'an.
currently, i'm struggling with my second paper in my research.. it is a review paper.. it's quite new in my area, insyaAllah.. so i got a chance regarding its novelty. alhamdulillah.. however, it's really tough.. since there's no much reference really related with it. so i have to struggle much and much in gaining and analyzing the most important journal.
Allahu Musta'an..Yassirni ya Allah...Allahu Akbar!!
yes, with Allah's strength...definitely i can do it!!
ptg td, saat hakima mahu berangkat mengajar tuisyen, datang seseorang..sungguh sy tidak mengenalinya.. mahu meminta bantuan.. umi n ayah tiada dirumah saat itu. sungguh, hakima bukanlah org yg baik yg mampu menilai kebaikan mahupun keburukan org.. maka tanpa fikir panjang, bantuan dihulur sekadar termampu..
soal siapa dia, mahu dibuat apa, insyaAllah hakima bulat menyerahkannya kpd Allah.. semoga Allah bantu insan itu dan menjaganya dgn baik.. ya Allah, andai ia boleh dikira amal soleh, jadikanlah ia sbg asbab utk Kau mengampuni dosa-dosa laluku...ameen.. ampunilah dosa2ku ya Ghafur...
# o'Allah, ease my study..ease my writing.. shower me with ur ilmu ...innaka Musta'an ya Rabb~
Alhamdulillah, berpeluang memulakan pagi ini dengan rncgn 'motivasi pagi' bersama Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim..my fav academician speaker. dgn tajuk "bersyukur saat diuji siri 1", membuatkan diri byk memuhasabah segala perkara yg berlaku dalam hidup..semoga Allah terus bantu hakima utk snts bersyukur dan berhati-hati dalam hidup...insyaAllah, ameen~!
A precious word from him,, sampai satu masa kita akan berasakan lapar seperti kenyang, sakit seperti sihat, susah seperti senang, sibuk seperti lapang, etc.. utk berasa seperti demikian memerlukan penyerahan diri yg penuh kpd Allah.. tingkatkan iman, rasakan kehambaan yg tinggi..
He told again,, "kalau nak rasa lapar sama shj seperti kenyang, cubalah puasa Nabi Daud.." uhh,, fasting..puasa.. if i could choose it for the last.. but.. surely, as usual hakima won't lose it! yosh,, hakima isn't hakima herself..she is belong to Allah,, so don't worry..Allah will always be with you! gambatte ne!
# pasakkan niat, bertatihlah kearahnya, insyaAllah Allah pasti bantu...bismillahirrahmanirrahim...
"kakak, boleh tak saya nak bercerita..kisah silam saya yang teruk?" - sapa seorang adik saat saya sedang ralit melayari internet suatu malam..
"hm..bila Allah telah tutup keaiban kita, mengapa harus dibuka? jadikanlah ia pengajaran terbaik buat kita agar kita tidak lagi terjatuh kedalamnya, juga sbg iktibar utk kita perbaiki insan-insan di sekeliling kita" - answer me with smile..
"tapi boleh tak saya nk bercerita sbb saya rasa terbeban sgt..juz nak luah" - she said.
"Ok dik, semoga Allah bantu.."
seboleh-boleh hakima tidak mahu mendengar kisah silamnya..ya, setiap kita punya kisah hidup yang pelbagai. hakima juga.. ada yg kelam, ada yg suram, ada yg samar, namun x kurang ada yg indah dan mendamaikan.. apa-pun, semua itu telah tertulis di luh mahfuz.. ikhlaskan hati, terimalah jalan hidup itu dengan penuh redha..insyaAllah semua itu berhikmah!
dan hakima telah mendengar kisah kelam sang adik ini.. alhamdulillah hakima mengenalinya saat dia telah menjadi lebih baik. maka, untuk meneutralkan pandangan terhadapnya itu lebih mudah. semoga hidayah Allah yang dia peroleh kini terus mengiringi dan menjaganya daripada terjerumus lagi kedalam situasi itu..ameen!
Adikku,,
berlapang dadalah atas jalan yg telah Allah tentukan itu..bersyukurlah bila Allah pelihara kita daripada perkara-perkara buruk, juga atas hidayah-Nya yg agung ini.. pernah terjatuh bukanlah indikator bahawa kita tidak baik, sebaliknya tanggapilah ia sebagai asbab untuk kita perbaiki diri dan menjadi lebih baik.. insyaAllah dengan pergantungan yang akrab pd Allah, kamu malah lebih baik dr yg lain..
mengingati kisah-kisah dahulu itu adalah wajar, kerana ingatan itu adalah kehendak Allah..namun ambillah tindakan yang lebih positif, lebih bijaksana..usah hanyut dalam kesedihan dan keperitan lalu..teruslah melangkah dengan penuh berani, dengan penuh pengharapan pd Allah.. do ur best, leave the rest to Allah.. insyaAllah akak doakan kamu mampu hadapi semua ini dan mampu melakukan yg terbaik buat dirimu sendiri, juga buat Islam amnya..
seeru'ala barakatillah, dik...love~
# ya Allah, bersihkan hati-hati kami insan pendosa.. perbaikilah kehidupan kami di dunia untuk kehidupan akhirat kami...nastaghfiru ilaika wa natubu ilaik..
~ Maha suci Engkau (ya Allah), tiadalah ilmu pada kami (tidaklah kami mengetahui) melainkan apa yg Engkau ajarkan, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ~
[monolog diri saat mata dan jiwa ini masih ingin terus membaca dan memahami keluasan ilmu-Nya ini..kerdilnya diri ini dibandingkan insan-insan yg telah Dia beri ilmu]
Subhanallah..maha suci Allah dari segala kekurangan.. sungguh ya Allah, amat luas dan tinggi ilmu yg Engkau miliki, yang Engkau hadiahkan buat sang hamba yang benar-benar berusaha mendalaminya, juga sang hamba yang tanpa putus mengkaji..
"ya Allah, jadikanlah aku orang yang 'alim dan faqih dalam bidang yg kuceburi ini.. semoga dgn ini aku dapat menyumbang dan memberi manfaat pada yg lain, terutama untuk agamaku ini..amin, ya Allah!" - perkongsian doa dari sahabat yang kupanggil 'kakak' yang juga sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah.. moga Allah permudahkan jua urusan hidup juga pengajianmu, kakak! semoga juga Allah meredhai usaha kamu...! [rindu..huhu!]
ya, sesekali terbit di minda 'apalah sangat ilmu kimia yang menyumbang untuk Islam, andai dibanding dengan ilmu2 lain seperti usul fiqh, usuluddin, syariah, dakwah serta pelbagai lagi cabang ilmu Islam khusus'.. namun, insyaAllah walau apa-pun ilmu yang didalami, hakikatnya ia adalah ilmu Allah! bila ia datangnya dr Allah, ia pasti yg terbaik..terbaik buatku..amin, insyaAllah~
ya Allah, yassirni fi hazal-amr..o'Allah, ease me in this matter..in this study..saat terasa amat sukar memahami, mencerna juga mensintesis ilmu-Mu ini, kuatkan azamku untuk terus berusaha..sekali-kali jgn patahkan semangatku ya Rabb..wahai Tuhan yg Maha Memberi, Maha Menguatkan, Maha Bijaksana.. semoga dgn ilmu ini menjadikan hambaMu yg hina ini lebih makrifat, lebih bertaqwa, dan mampu mengizzahkan Islam dgn khusus..ameen~
in these few days, teringat pada satu perbualan dgn labmates.. fikrah mereka pelbagai, so setiap tuturkata mereka tu harus dianalisis dan dinilai dengan baik..nilaian dgn mata hati ^_^
"si A ni pandai tau kak..tapi sayang, dia sibuk dgn kerja-kerja luar. habis tertinggal pelajaran"
"si B ni memanglah kurang sikit, saya pun teruk juga..tapi seriuslah bab study. bila fail, kan susah"
jujur, saya terdiam mendengar luahan mereka. mungkin kelihatan mereka memperlekeh 'adik-adik' saya, namun jauh di sudut hati saya kesal dan sedih. bila kita meletakkan diri kita di posisi pendokong harakah Islam, sang amilin,, harusnya sikap, tabiat, persepsi, wawasan, dan segalanya harus berubah..berubah menjadi lebih positif, lebih baik, dan lebih cemerlang...
dahulu, hakima bukanlah seperti sekarang..mentaliti, maturity, pandangan terhadap kehidupan etc jauh berbeza..lebih teruk, for sure.. alhamdulillah Allah keluarkan dari kegelapan itu.. inikan doa harian kita dalam mathurat, berdoalah dgn kesungguhan, pasti Allah bantu kita! insyaAllah...Allah telah memilih kita untuk beramal dgn zikir2 mathur itu, maka rasakanlah anugerah Allah bagi hamba2Nya yg yakin dgn janji-Nya..
ya, tiap kita pasti punya kelemahan, kekurangan, kejelikan, dan yg sewaktu dgnnya..namun yakinlah, umat Islam adalah umat yg cemerlang! Allah memang jadikan kita dgn segala kekurangan itu, kerana DIA mahu merahmati kita pada usaha untuk mengatasi kelemahan itu.. Allah memang jadikan kita tidak pandai bila kita compare dgn kawan2 kita yg tiada fikrah pun,, kerana DIA mahu kita rasa manisnya kejayaan itu setelah kita berusaha dan bersungguh melebihi rakan-rakan kita yang walaupun belajar sekejap (amalah ada yg x perlu belajar sgt pun!).. sesungguhnya setiap aturan-Nya itu berhikmah!
maka, kenalilah potensi diri, kenalpastilah kelemahan diri yang akan kita perbaiki.. kita bukan lemah dgn kelemahan itu, bahkan itulah kekuatan kita yg paling ampuh apabila kita perkuatkannya... sesekali, jangan perlekeh diri kita kerana kita telah Allah angkat sebagai sebaik-baik penciptaan berbanding makhluk2Nya yg lain.. tinggal lagi kita realisasikannya dengan 2 panduan agung yang dihadiahkan-Nya, iaitu Al-Qur'an dan Hadith.. dan jalan untuk memahaminya adalah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh junjungan besar kita, Muhammad s.a.w dan ulama' pewaris Nabi...
yuk, muhasabah diri yuk...mungkin kita bukanlah yang terbaik, tapi kita pasti boleh lakukan yang terbaik! Allah bukan lihat natijah (result), tapi usaha kita...
mari berusaha untuk kecemerlangan~!! kerana Allah...