bismillah..
'mengakui kelemahan diri adalah sifat terpuji"
manusia..lahir ke dunia bersama keistimewaan, kekuatan, juga kelemahan diri.. ia suatu anugerah drp Allah. kita tidak hina dengan kelemahan itu, malah kita tidak pun mulia dengan keistimewaan juga kekuatan yang kita miliki.. semoga hakikat ini terus menjadikan kita hamba yang baik, dan ahli komuniti masyarakat yang 'tahu diri'..
last week, while i'm at univ., alhamdulillah i met a sister which i can lend my ear and trying to put myself in her. bercerita tentang kelemahan, ketakutan, keseorangan, dan kesedihan yang menyelubungi beliau. i felt so guilty, to leave her like that. so sorry, dear~ semoga Allah terus pelihara kita untuk terus menjadi hamba-Nya yang terbaik menghadapi segala ujian hidup ini..
sayang,,
kelemahan yg kita ada bukan untuk kita sesali. sungguh, itulah kekuatan yg kita ada untuk terus berharap pada yang punya segalanya.. Dialah Allah yang menciptakan kita yang penuh kelemahan ini. Dialah Allah yang memiliki seluruh kekuatan yang Dia mahu tawarkan pada hamba-Nya yang merayu memohon meminta drpd-Nya.. 'Kelemahan' ini juga bisa melembutkan hati kita dan melunakkannya dalam hubungan kita dengan manusia..
usah malu mengakui kelemahan kita.. usah teragak-agak mahu meminta pertolongan insan-insan di sekitar kita. pertolongan yg kita minta itu hakikatnya adalah 'penyelamat' buat sahabat2 dan insan2 di sekeliling kita, kerana itu hak kita yang dia mesti tunaikan. berbanggalah menjadi penyelamat (mgkn bukan di dunia, tetapi di akhirat sana).. biarpun mungkin bantuan yang kita pinta dibalasi dengan yang tidak sepatutnya, kerana Allah tetap mengira usaha kita, sayang.. usah rasa terpinggir kerana kelemahan kita.. usah rasa menyusahkan orang kerana memohon bantuan. biarlah kita menyusahkan dia di dunia sebelum kita benar2 menyusahkan dia di akhirat sana..
"
kenapa menyusahkan dia di akhirat pula?"
adik, setiap kita ada hak terhadap orang lain.. hatta non-muslim juga punya hak keatas kita, iaitu mengajak pada agama mulia ini.. apatah lagi sesama muslim. bantuan, pertolongan, nasihat, amar ma'ruf nahy mungkar, doa, dan segala macam lagi hak mereka ke atas kita.. bila kita tidak tunaikan hak2 itu, mereka akan tuntut di hadapan Allah s.w.t.. maka bila disana, apa lagi yang mahu kita berikan untuk melangsaikan hak2 itu.. apakah dengan pahala kita yang secebis dan dosa kita yang menggunung?
subhanallah...moga Allah pelihara kita, dan sentiasa memandu perjalanan kehidupan kita demi redha-Nya yang agung.. seeru 'ala barakatillah, sayang~!