Bismillah..
Hari ini, semalam, 2 hari ini, saya mahu menangis sahaja.. begitu banyak ujian Allah yang saya x mampu tanggung.. namun, begitu banyak nikmat dan anugerah yang Allah hadiahkan menguji kesyukuran saya.. saya tidak pandai bersabar menghadapi segala kesakitan, mehnah, ketidaksukaan saya, dan segala yang menyakitkan ruh dan jasad saya.. namun, saya juga tidak pandai bersyukur dengan setiap kegembiraan, ketenangan hati, dengan rasa beruntung dan bertuahnya saya..
~menangis tanda kehambaan~
Maka, saya hanya mampu menangis.. itu sahaja yang mampu saya ekspresikan apa yang saya rasa.. apakah saya diredhai-Nya? Mengapakah saya menerima expectation yg tinggi oleh makhluk? Mengapakah saya menerima kepercayaan yang tinggi oleh insan yang benar-benar saya hormati didunia ini? Sedang saya sungguh kerdil.. berjiwa kecil kah saya, dan Allah sedang mendidik saya membesarkan jiwa saya? Saya cuma hamba-Nya..
Setelah seminggu Allah menghadiahkan saya ‘sakit telinga’ yang begitu menguji (tidak mampu berfikir dengan normal, sesekali terpaksa menahan denyutan yang tidak tertanggung, sangat-sangat lemah semangat, etc..), semalam Allah hadiahkan kesembuhan yang tidak terungkap.. hamba yang lemah ini hanya mampu mengucapkan tahmid..maafkan diri, ya Allah..alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang berkuasa mengatur segalanya mengikut acuan kesukaan-Nya…
Semalam, saya memuhasabah posisi saya sbg ketua kumpulan yang kecil, yang kumpulan ini juga bernaung di bawah kelompok yang diketuai oleh ummi saya. Sungguh banyak kelemahan dan kekurangan dalam saya menerajuinya.. saya hampir nekad menggutarakan perletakan jawatan saya kpd ummi saya.. mohon pertimbangan ummi saya untuk mencari pengganti yang lebih layak.. saya tahu masa saya kian suntuk untuk saya memberi perhatian kpd kumpulan ini dalam masa yg sama pengajian saya kian ‘tough’. Saya telah merasakan research saya mahukan perhatian, masa dan usaha saya yang lebih banyak.. NAMUN,, apabila saya pulang ummi memberi tugas baru buat saya selaku ketua ini. Menghadiri mesyuarat, konvensyen, dan mengepalai tugas-tugas penting.. terus terbit di benak saya yg terdalam,, ya Allah, adakah ini didikan dari-Mu? Apakah dalam ‘rasa tidakbertanggungjawab’ ini, Allah mahu saya memperbaikinya pada tanggungjawab yang lain.. subhanallah, kompleksnya..huhu~
dan saya terus mahu menangis.. saya sayangkan tugas-tugas Islam, dan saya tidak mahu mensia-siakan amanah yang harus saya pikul.. amanah yang membuatkan saya terus berada di jalan ini.. saya mencintainya melebihi kesenangan diri saya.. kerana padanya ada ketenangan yang saya dambakan..
Cuma, MAMPUKAH SAYA? Saya kelihatannya begini, namun hakikatnya saya ini hamba-Nya yang lemah.. seringkali bila berhadapan dengan dilema, saya tidak pandai membuat keputusan.. saya sering keliru..subhanallah~
Dan tadi,, Allah memberi kejutan yang besar buat saya dalam majlis ilmu (kolokium mingguan research kami).. saat saya memohon keizinan keluar sebentar untuk menyelesaikan tugas saya, supervisor saya menyerahkan kunci keretanya (Honda civic) kepada saya.. sungguh saya kaget, saya sungguh terkejut.. “betul ke ni Dr.? Dr. percaya ke pada saya?” dan jawapannya “kalau kau bawak, aku percaya..dah2, pergilah”.. ya Allah, saya rasa nak menangis.. kepercayaan yg diberi sungguh tinggi.. lama saya di dalam kereta memikirkan kebesaran yang Allah mahu saya pelajari.. subhanallah, tiada nikmat yang mampu saya dustakan..
Dan, daripada kepercayaan yang tinggi ini, saya rasa sangat takut..teramat takut.. mampukah saya memenuhi expectation yang Dr. harapkan daripada saya yg lemah ini? Ya Allah, saya benar-benar mengharapkan pertolongan-Mu untuk sentiasa melakukan yg terbaik.. bantulah saya..
Di sebalik kepercayaan yang tinggi ini juga, saya mempunyai tugas besar yang berat.. bilakah saya mampu melaksanakannya dengan cara yg paling baik…subhanallah, saya takut.. T_T
ya Allah, tunjukkanlah jalan.......


