Saturday, January 18, 2025

Prinsip 90/10: Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang


Bayangkan ni: Kau tengah breakfast dengan family. Anak kau tak sengaja tertumpahkan kopi kat baju kerja kau. 

Kau terus marah dia, dia menangis. Lepas tu, kau salahkan isteri kau sebab letak cawan dekat tepi meja. 

Bergaduh sikit, kau naik atas tukar baju, dah lambat. Anak kau tak sempat siapkan diri, terlepas plak bas sekolah. 

Kau kena hantar dia, kau bawak laju-laju, kena saman. 

Sampai kerja lewat, briefcase lupa bawak. Hari kau terus barai sampai malam.

Kenapa hari kau teruk? Sebab kopi? Anak kau? Polis trafik? 

Salah kau sendiri.

Prinsip 90/10 ni simple: 10% hidup kau benda yang kau tak boleh kawal. 90% lagi bergantung pada cara kau react.

Kalau tadi kau chill, cakap “Takpe, lain kali hati-hati ok,” tukar baju, settle cepat-cepat, anak kau pun sempat naik bas. 

Hari kau pun akan okay je.


Macam Mana Nak Guna Prinsip Ni:

Orang kutuk kau? 

Biarkan, jangan ambil hati. Move on, jangan bagi negativity rosakkan hari kau.

Orang potong line masa drive? 

Relax, tak perlu marah-marah. 10 saat lambat takkan ubah hidup kau. Baik kau lambat 10 saat dari kalut nak potong balik, last-last eksiden patu lambat 4 jam terus. 

Berita buruk? 

Jangan stress, fokus cari jalan penyelesaian.


Ingat, kau tak boleh kawal semua benda. Tapi kau boleh kawal reaksi kau. 

Tukar mindset, dan kau akan nampak hidup kau berubah jadi lebih baik. 

Cuba apply, kau mesti happy dengan hasil dia.


-copypaste-

Friday, October 11, 2024

hati yg baik

Orang yang punyai HATI yang BAIK itu tidak akan pernahnya bersangka BURUK, orang yang punyai HATI yang BURUK itu tidak akan pernahnya bersangka BAIK. Bersangka buruk itu suka memburuk-burukan,bersangka baik itu suka membaik-baikkan.

Risau tentang keadaan itu adat kehidupan,bukan adat orang yang beriman  ianya dihilangkan dengan keyakinan tentang TAKDIR KETENTUAN.

Apabila KEYAKINAN tentang TAKDIR KETENTUAN tidak diperkasakan,maka datanglah sifat kerisauan sehingga memburuk-burukan keadaan seakan keadaan yg menentukan KETENTUAN. 

Beruntunglah jadi orang yg BERIMAN,sentiasa duduk di dalam KETENTUAN dan DIJAMIN ALLAH dengan GANJARAN KEUNTUNGAN. Khalas.

-copypaste-

Wednesday, October 9, 2024

love

Love.. is not the meeting of eyes.. it's the unity of hearts

Thursday, June 24, 2021

Jurnal Tadabbur

 bismillah...

insyaAllah mahu cuba menulis ibrah, homework, anything bout Love Letter from Allah (Al-Qur'an)..

may Allah ease..

Wednesday, July 29, 2020

disalahkan pada perkara yg tidak dapat dikawal

bismillah..

"pergi kebun tu jgn sampai bawa balik pacat"
"dah pegi belajar sana jgn sampai bercinta dgn org sana"
"bawa kereta tu jgn sampai accident"
....
that pacat, bercinta, accident, dan sebagainya lagi tu perkara yg ada masa kita tak mampu nk kawal.
kita tak tahu Allah ilhamkan pacat tu naik kaki kain dan bersembunyi.. kita tak tahu di tempat belajar Allah sentuh hati kita dan dia utk saling menyukai.. kita tak tahu tiba2 ada kereta dtg dan melanggar kita..
walau sekuat mana kita cuba kawal..

contoh real in my life.. a reminder to myself.
supaya hakima tidak mudah judge org dan salahkan mereka di atas kesalahan itu.
adakala kita tak mampu kawal walaupun kita dah cuba sebaik mungkin.

so, berlapang dadalah.. raikan saja.. tolerate.
terima situasi itu dan bantu utk selesaikan bersama. sesungguhnya itu ketentuan Allah.
jika Allah tidak mengizinkan, perkara-perkara itu tidak akan berlaku.
ikhlaskan hati, buat yg terbaik dalam hidup kita. mohon bantuan Allah selalu kerana hakikatnya kita adalah hamba. dan hamba itu sifatnya lemah.

semoga sentiasa jadi iktibar dan tazkir buat diri hakima.

ya Allah, bantu dan ingatkan hakima selalu..

Allahu Musta'ann..

hakima, tpw.



Tuesday, July 21, 2020

menyewa

bismillah..

ya Allah, sentiasalah pandu tindakan, lintasan hati, serta fikiran hakima agar ia sentiasa bersama redha-Mu..

insyaAllah bermula Aug ni pindah duduk rumah sewa. 
these are my reason:
1. sekurangnya apa-apa berlaku pada rumah (kerosakan etc) hakima tahu hakima boleh minta bantuan tuanrumah.
2. biar dekat dgn MITEC agar mudah berulang-alik.
3. memudahkan adik-adik JIK dtg dan imarahkan rumah insyaAllah. nk buat usrah utk mereka.
4. hakima nk jual rumah ini utk kurangkan hutang.

ya Allah, utk reason (1) hakima tahu hakima ada abg, ayh dan adik2.. tp whenever its so urgent, hakima tak mahu menyusahkan. sekali, dua kali, hakima belajar utk tawakkal Engkau ada utk menjaga hakima..

ya Allah, utk reason (4) hakima tahu hakima akn sakit membayar rumah sewa dan rumah Kembia ini serentak dalam tempoh dapatkan buyer.. InsyaAllah hakima cuba utk byr sewa dgn duit dagangan saham. kurniakan hakima rezeki yg melimpahruah yaAllah. Engkaulah sebaik-baik Pemberi rezeki. ampunkan dosa-dosa dan kesalahan hakima..

ya Allah, hakima tak ingin salahkan sesiapa. hakikatnya tiada insan yg bersalah dan patut dituju, kerana segala sesuatu adalah dgn izin-Mu.. bila Engkau menghendaki, itulah yg terbaik.. semoga hakima terus memiliki sangkaan baik denganMu ya Allah..

ya Allah, sungguh hakima bersyukur dgn segala kurniaan-Mu.. baik, mahupun buruk di pandangan manusia.. terima kasih ya Allah sentiasa temani hakima di kehidupan dunia yg sebentar ini..

ya Allah, terima kasih utk rumah sewa di Flora Height itu.. Engkau sebaik-baik Pengatur. semoga ia yg terbaik buat hakima.. amiin..


hakima.
kembia, tpw