Bismillah..
Melepaskan jawatan atau taklifan di DMPNJ sungguh bukan suatu yg mudah. Saat diri menasihatkan anak buah mahupun sahabat untuk thabat, diri sendiri tidak mampu thabat.. Allah Knows Best..
Catatan ini bukan mahu menjustifikasi atau meletakkan diri tidak bersalah. Demi Allah, catatan ini semoga menjadi pengajaran buat diri hakima dan abnaul harakah lain..
Berorganisasi di peringkat yg tinggi (walaupun belum ke Pusat) bukan mudah. Bukan juga mustahil untuk kita anggotai. Hanya sahaja bila Allah menghendaki, ia pasti dilorongkan jalan.
Apakah Allah meletakkan hakima masih di DMPNJ suatu yg salah sehingga akhirnya hakima meletakkan jawatan? Demi Allah tidak. Allah sedang mendidik hakima dan semua..
Apakah alasan utama utk hakima keluar?
Ya Allah, sukar untuk dileraikan.
Ia bukan kerana rajuk, bukan kerana nista manusia, bukan kerana kuasa. Ia hanya kerana ingin menjaga hati dan mengakui kelemahan hakima dalam tugasan ini. Sebagaimana ayat hakima buat ummi, semoga ketidakhadiran hakima menjernihkan suasana.. semoga tiada lagi sangkaan dan ketidakselesaan sahabat dalam bekerja, dan semoga wujud keharmonian buat semua..
dan hakima melangkah pergi bukan bererti terus meninggalkan, hanya jasad dan formality sahaja. Hakikatnya fikiran, hati dan tenaga yg ada akn terus diberikan bila diperlukan. InsyaAllah.
Ya Allah,
hakima mohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran kekasaran, ‘keangkuhan’, ‘kerakusan nafsu’, serta segala kata oleh sahabat baik hakima. Mungkin itu nilaian yg mereka berikan berdasarkan kelemahan dan kekurangan hakima. Maafkan mereka, maafkan hakima..
When you find a crisis among your friend, leave it.. (so that ukhwah terjaga).
When you find a crisis among your enemy, fight it.. (so that the truth is revealed).
- just my self-ijtihad.
Hakima doakan bahtera DMPNJ terus berlayar dgn rahmat dan kasih sayang Allah. Really love them..
Terima kasih ya Allah untuk segala kenangan manis dan kelat ini.. hakikatnya ia untuk kebaikan hakima juga..
suatu pengajaran buat hakima, jaga ukhwah dalam circle kita.. cercaan org luar hanya kemuncup di perjuangan, namun nistaan sahabat setanzim itu tusukan yang menyakitkan..
Innama asyku baththi wa huzni ilaika..
Allahumma la tu akhizni bima yaqulun (wa yaf’alun), waghfirli ma la ya’lamun, waj ‘alni khairan mimma yazhunnun..
Allah, Anta maqsudi wa ridhoka matlubi~
24 Syaaban 1441.
PKP Fasa 3.
Puteri Wangsa.