Tuesday, December 3, 2019

Servis 60K km..

Bismillah.. 

Alhamdulillah, thanks Allah for this valuable vehicle for me.. semoga khidmatnya menjadi amal soleh.. 

2 bulan sekali dah servis leni.. tayar dan kena tukar.. 

Ya Allah, bantu hakima pelihara kereta ini.. jauhi drp kemalangan dan marabahaya.. 

Love you my Jazz.. 💕 

Hakima,
Yong Ming Honda PG.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1unpCtoH2iiTj8cE6o1A7uO-2znI4_vL-

Monday, December 2, 2019

the baton.. ikhlaskanlah!

Bismillah..

sungguh, ia bukan mudah.. tidak mudah untuk melupakan suatu bidang yang menjadi dunia kita suatu masa, bertahun, sesi demi sesi.. dan apabila kita perlu menggalas taklifan yang lebih berat, kita mesti menyerahkan ia kepada sahabat. Lalu dicari sahabat yang paling dipercayai.. dan baton pun beralih tangan..

setelah beberapa purnama baton diserah, baton itu sunyi, malap, seolah tidak berfungsi.. sedang kita meyerahkan ia di zaman kegemilangannya.. apabila kita bertanya khabar, mahu menawarkan bantuan kepada sahabat tersebut, beliau menidakkan dan menyalahkan kita tidak memahaminya.. dibawa cerita buruk itu kepada sahabat lain..

ya Allah, sungguh ia amat sakit..

Sahabat, bekerja lah bersungguh-sungguh.. semoga Allah sentiasa membantu dan menghadirkan jundi-jundi yang sanggup bekerja dan berkorban demi Islam.. Siiru 'ala Barakatillah.

yaAllah, ikhlas kan kami dalam perjuangan ini.. ikhlaskan kami pada amalan yang dahulu, kini dan akan datang.. segalanya demi Islam tercinta. demi redha-Mu..

(AA, penerangan, pkt..)

Sunday, November 10, 2019

Bersihkan hati selalu

Bismillah.. 

Ya Allah, bersihkan hatiku selalu..
Ajarkan hakima utk terus berbaik sangka.. iya kita takkan lari dari bisikan syaitan, kerana memang itulah tugas utamanya.. 
Kata mama, senjata ampuh utk melawan bisikan syaitan adalah IKHLAS.. minta sokmo dgn Allah utk ikhlas.. ya Allah, ikhlaskan hakima selalu..

Allahummakhlisni..

## kenangan PRK P165 Tg.Piai, bertugas di Bilik Operasi bersama cikta, menginap di Homestay Muslimat Tmn Kota Emas.. layanan dingin, pimpinan pusat dtg, mesyuarat harian, mesyuarat penerangan, tahlil di parit hj adnan, berukhwah dgn Kak Lina, kenangan2 manis yg bakal terukir 🥰

hakima.
Bilik Rehat Muslimat, BO.
10/11/2019. 2.01pm.

Monday, November 4, 2019

Persepsi.. adakala membunuh..

Bismillah..

Persepsi.. adakala membunuh.. membunuh rasa persaudaraan..

Alangkah molek jika sebelum kita menyatakan keputusan ttg sahabat, kita bertanya sepatah dua.. 

Tahu benarkah dia ttg kesibukanku? Andai tidak mahu beriku peluang bekerja, usah letakkan ku di taklifan itu.. Allahu..

Ya Allah, rajuk hati ini, ceriakanlah kembali.. sakit hati ini, sembuhkanlah.. memang diakah yang tidak mahu mengembalikan kemesraan atau diri ini yang tidak mampu wujudkan kemesraan.. 

Ya Tuhanku, jika salah itu di pihak hakima, berikan jalan keluar terbaik..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1sYTtj6NuD6lGuSDIbAINLOwxaJA0z1t4

Friday, October 25, 2019

Nikmati hidup ini sebaiknya..

Pelajaran dalam hidup kita.


Mahu belajar SABAR?

Nanti kita akan bertemu orang² yang keras kepala kepada kita.


Mahu belajar MEMAAFKAN?

Nanti kita akan bertemu orang² yang akan menyakiti kita.


Mahu belajar MEMBERI?

Sebentar lagi kita akan di perhadapkan orang² yang berkekurangan.


Mahu RENDAH HATI?

Tunggu saja, akan ada orang² yang akan merendahkan diri kita.


Khabar buruknya,

"HIDUP INI TAK AKAN ADA YG SEMPURNA !!!"


Khabar baiknya,

"KITA TAK PERLU HIDUP YANG SEMPURNA UNTUK MENIKMATINYA !!!"


Apapun yang sedang kita hadapi, itulah PROSES BELAJAR DAN MELATIH DIRI MENJADI LEBIH BIJAKSANA, BERSYUKUR IKHLAS, KASIH SAYANG DAN MATANG.
Sumber: Telegram Motivasi https://t.me/motivasihidup

Thursday, October 17, 2019

Sakit dan Lapar.. hihi

Bismillah..

Lunch for today: 2 pieces of biskut sandwich.. Alhamdulillah.. perut meragam senggugut, tak ada selera dan tak larat nak turun beli lunch. Even pagi td just a mug of Kopi Maca (pun half sachet only) Kelas pagi (Chemical) dan ptg (Material) hari ini..

Bila sakit, Allah hilangkan rasa nak makan dan minum.. walaupun terasa laparnya.. 😓

Apapun, syukur Allah masih bagi nafas utk terus hidup.. semoga Allah terus kuatkan.. terima kasih ya Allah.. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1b2vLm0y9A_1aZ-0BUhLAouJPnsSmfy2r

Monday, September 30, 2019

Hutang Dhuha


Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil (melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian.

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...👍👍👍
In shaa Allah...