Wednesday, April 4, 2012

mendewasai kehidupan..redha-Nya yg di tagih..

bismillah..

hingga ke saat ini, sungguh diri ini telah begitu banyak mempelajari pelbagai perkara.. maha suci Allah yang di setiap penciptaan-Nya itu terkandung 1001 hikmah.. segala puji Allah yg setiap penciptaan-Nya itu adalah yg terbaik.. Allah yg Maha Besar lah yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu, yang kita sebagai hamba ini hanya mampu menjalani kehidupan yg diatur-Nya ini dengan penuh rasa kehambaan...

~ do play this beautiful music before u proceed to these contengan ^_^ ~

maha suci Allah, kerana saat jejari ini menaip mencoretkan kisah ini, DIA menjadikan hati ini sebak dengan apa yg berlaku..dan semua yg terjadi ini telahpun hakima hadapi suatu waktu lalu.. saat diri ini benar2 di titik terendah dalam pusingan roda kehidupan ini.. ia siaran ulangan buat diri ini, bezanya adalah pelakonnya. andai dulu diri ini, namun kini ia adalah adik kesayanganku.. dan boleh jadi insan-insan lainnya..

saat itu,, umpama titik gelap kehidupan.. detik itu, umpama lorong mati buatku.. ia berlaku hanya kerana DIA menghadirkan keputus-asaan dalam diri,, dan ianya terjadi hanya kerana DIA menghilangkan rasa dalam diri ini bahawa DIA tiada bersamaku mendepani ujian hidup ini... semua makhluk yang ada di alam ini juga telah Dia campakkan rasa 'membenciku'..keluarga yg bahagia ini juga umpama akan bergembira dan lebih bahagia apabila diri ini tiada dalam kehidupan mereka.. lalu jadilah kehidupan ini suatu yang sangat menyiksakan.. subhanallah.. sehingga terbit di minda bahawa 'mati @ membunuh diri' itu lebih baik.. astaghfirullah~

dan di saat diri hampir punah harapan pada yang menciptakannya, Dia hadirkan kasih sayang-Nya lewat kekandaku tercinta satu-satunya, juga ayahanda tersayang dengan kata-kata yg sungguh indah.. bahawa "kita akan hadapi sama-sama".. maha suci Allah.. terima kasih ya Rabb...

maka adikku,,

walau apa yang kamu rasa, kamu lalui, kamu fikirkan, kamu alami... yakinlah ia datang dari Allah.. ia adalah ujian yang sesiapa juga pasti merasainya.. ujian ini adalah tapisan juga saringan untuk Dia menilai siapa yg terbaik amalannya.. terbaik amalannya bukanlah ukuran manusia.. ia ada dalam pengetahuanNya.. mungkin sahaja pengaduanmu itu yg Dia nilai,, mungkin sahaja rintihan kelemahan kamu itu yg Dia pandang,, mungkin sahaja permohonan2 kamu pada-Nya itu yang menatijahkan rahmat-Nya yg luas buat kamu.. pelbagai kemungkinan yang tiada makhluk mengetahui kehebatannya..

adik kak syg,

peganglah kata-kata ini, bahawa "saat hubunganmu dengan manusia itu musnah dan bagai tiada jalan keluar,, perhatikan dan koreksilah hubunganmu dengan Allah.. temukan kepincanganmu pd-Nya untuk diperbaiki, insyaAllah Dia akan memperbaiki kepincanganmu dengan manusia lainnya".. di setiap masa, rasakan bahawa kamu bukan manusia terbaik, kamu jauh lagi untuk menjadi manusia sempurna.. kamu tidak tahu bagaimana darjat manusia lainnya itu disisi Allah, maka kamu sekali-kali tidak boleh menyatakan kamu lebih baik daripadanya...kerana mungkin sahaja kamu lebih banyak amalan berbandingnya, namun tiada satupun yg Allah nilai sbg amal yg baik..sedang si dia, walau hanya sedikit amal, namun itulah yg Allah terima... renungkanlah ini, wahai adikku...

dan adikku,

sejak dulu, saat kakakmu ini harus tinggal dirumah bersama pelbagai tanggungjawab dalam usia mahu menyertai rakan-rakan sebaya menjalani "campus life",, diriku terus memberontak.. sungguh telah pelbagai tindakan, kata-kata malah fikiran yang keterlaluan yg diriku perbuat, yang natijahnya menyakitkan ayah bonda tercinta.. telah banyak hasrat hati yang terpaksa diketepikan.. namun alhamdulillah DIA telah meyakinkan diriku bahawa ada redha dan barakah-Nya sentiasa ada dalam ketaatan ini... semoga dirimu juga bisa merasainya...

ketahuilah bahawa "Ilmu yg banyak bukanlah tiket ke syurga, namun kemurkaan ibu bapa adalah tiket percuma ke neraka"..belajarlah untuk mentaati mereka pada urusan yang tidak menyalahi syarak, walau hak diri dan perasaan kita diketepikan.. sungguh, ia amat amat sukar.. namun yakinlah insyaAllah Dia akan menghadiahkan ketenangan kedamaian juga keberkatan yang sukar dicari ganti.. insyaAllah Allah akan menjadikan kamu benar-benar menikmati ketaatan kamu itu apabila keikhlasan telah hadir di jiwamu..sungguh,, saat Dia hadir di setiap penjuru kehidupan kita, tiada yang lebih indah daripadanya...
dan,, andai saat kedamaian dan ketenangan itu belum kunjung tiba, bersabarlah.. bersabarlah, kerana Dia sedang menghitungnya.. andai terasa sungguh menyesakkan dalam kesabaran itu, adukanlah ia pada-Nya..kerana ketaatan ini adalah manifestasi ketaatan kita kepada-Nya, yakinlah Dia tidak akan pernah meninggalkan kita... andai kesabaran itu sungguh menyakitkan, perbanyakkanlah istighfar kerana istighfar itu jalan keluar segala sesuatu.. dan andai kesabaran itu memedihkan, teruslah berjuang dengan kesabaran itu, kerana terkorban dalam perjuangan adalah syahid...

adikku, perdengarkanlah nasihat ini baik-baik.. ia bukan omongan kosong, namun ia lahir dari hatiku yg tulus mencintaimu.. diriku benar-benar mencintaimu, sayang.. cinta kerana-Nya.. cinta yang tidak terbatas di dunia yg fana ini.. adikku, abang kita sedang menunggu di syurga yg abadi.. bukankah kita telah berjanji untuk berkumpul bersama-samanya di sana? maka usah terlalu membesarkan urusan dunia yg hanya picisan.. tumpukan fikiran kata-kata juga perbuatan untuk kehidupan akhirat kita...

semoga Allah hadir dalam setiap penjuru hidupmu dan merasakan kasih sayang-Nya melebihi apapun.. semoga Allah menyenangkan hatimu dalam urusan ketaatan kepada kedua ayah bonda juga kepada-Nya.. semoga Allah membasahkan hatimu dengan hidayah-Nya yg tidak ternilai itu... semoga Allah menjadi ganjaran termahal buatmu setelah segala pengorbanan yg telah kau lakukan, tanpa perlu kamu memikirkan balasan manusia buat kamu...semoga Allah meredhaimu, sayang....

inni uhibbuki hubban jamma...

Monday, March 26, 2012

dunia yg semakin pantas

bismillah..

lately, hakima berasa semput.. semput untuk mengejar masa yang begitu pantas berlalu. masa bukan lagi berjalan, tetapi seakan berlari.. teringat pada kata-kata labmate "i wish time will only walking instead of running".. huhu.. dan diri ini begitu merasakannya..

dunia semakin pantas. semuanya boleh diperolehi dengan sekelip mata.. alhamdulillah, Allah hadiahkan sahabat untuk mengajar suatu software "Endnote", a tool which is very helpful in organizing all my reference..thanks, Allah make me enjoying this good tool.. Segala puji bagi Allah.. dan alhamdulillah, Allah hadiahkan hakima satu laman web CASSI, an online resource to gain an accurate bibliographic information and to confirm journal titles and abbreviations for publications.. a good tool...

ya Allah, di dunia yang kian pantas dan mencabar ini, teguhkanlah hati dan matlamat akhirku.. redha-Mu.. semoga sebagaimana sibuknya diriku mendaki puncak kecemerlangan ini, jangan Kau lebihkan ia daripada urusan akhiratku.. dunia adalah ladang bekalan buat kehidupanku yg lebih abadi, bantulah hakima memanfaatkan ia sebaiknya..

Allahumma a'inni... subhanallah al-adzim.. subhanallah wa bihamdih...
la haula wala quwwata illa bika ya Rabb....

Friday, March 2, 2012

weaken when coupled

bismillah..

juz wonder.. kenapa ya,, some of us bila berpunya - memiliki pasangan hidup, either married or engaged - semangat kita kian menurun.. kekuatan untuk berdikari, untuk berani mengikut kata hati kita, such..reduced.. also our mind.. sukarnya untuk kita berlapang dada menerima segala yang berlaku... juga kecaknaan dengan ummah.. why should it decreasing? why should we became so dependence with makhluk..? why should we become quite negative? na'uzubillah...

yaAllah, IMAN.. saya tidak mahu iman yang Kau hadiahkan berkurang.. saya tidak mahu kesungguhan dalam gerakerja ini berkurangan.. suami, anak-anak, kesenangan, itu semua boleh menjadi fitnah buatku.. jauhilah fitnah itu, yaAllah... T__T bila diri telah tidak mampu mensyukuri itu semua, ambillah ia dariku.. andai suatu saat nanti semua yang Kau pinjamkan itu bukan menjadi penghubung untuk diriku menunaikan tanggungjawab sbg hamba-Mu yg baik, ambillah ia.. kerana hanya redha-Mu yg kutagih, ya Rabbb...

sayyidul ayyam spirit... keep talking to Allah, keep hoping, keep praying in each second in our life...

Tuesday, February 28, 2012

sensei

bismillah..

got an email titled "paper".. bout my MSc project. so touched.. He write-up it all by himself. and he end up it such this.. subhanallah..

Ya Allah, saya rindu dan sayangkan sensei saya.. rindukan bebelan, amukan dan taujihat beliau. Even others see him another way, He is the best teacher for me.. he teach me to be very passion in what i'm doing. he inspires me in his own way.. subhanallah..

ya Allah, give him his best.. place him amongst ur beloved slaves.. rahmati guru saya itu..

doumo arigatou, sensei~!!!


Jakarta-Bandung (Julai 2011)

Friday, February 10, 2012

Allahumma solli 'ala Muhammad~

bismillah..

alhamdulillah, Allah masih menganugerahkan pelbagai nikmat buat sang hamba yang penuh dosa ini. hanya ucapan tahmid dan beberapa usaha kecil yang mungkin tidak bernilai pun sebagai tanda kesyukuran atas pelbagai nikmat ini.. Subhanallah, Alhamdulillah..

bulan ini, bulan Rabiul Awwal.. bulan kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam.. (oh, bulan kelahiran sahabat saya juga, kakchik @ aimi nabihah - 11 Rabi'ul Awwal.. eid milad, nee-chan~) alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat RINDU pada Rasulullah p.b.u.h.. bermula dgn kuliah oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang begitu menyentuh kolam hati ini, ia terus basah bila kisah2 baginda s.a.w diperdengarkan kembali.. subhanallah.. (this is just one of them..go and hear all the series, ok!) seriously, this way of 'penceritaan' is very touch.. memandang ulama agung ini juga sungguh menginsafkan.. ya Allah, lanjutkan usia ulama' ini untuk ummah..ameen~


sungguh, siapalah diri kita (me especially) to compare with this sebaik-baik makhluk.. namun, semoga nikmat rindu dan rasa syukur menjadi umat baginda s.a.w ini memanifestasikan suatu fikrah dan tindakan untuk menyambung risalah baginda dalam usia yg berbaki ini.. ya Allah, berikan kami kekuatan, berikan kami ruang untuk meneruskan tugas kekasih-Mu yg mulia ini...

Allahumma solli 'ala Muhammad~

[hakima-chan,, complete ur thousand solawat to him p.b.u.h this month.. may Allah ease and redha...ameen~]

Thursday, February 9, 2012

selamat petang, cikgu~!

bismillah..

last tuesday (it's holiday for johor for Thaipusam), i went to a bookstore. the shop that i always go to find books for my students. students at tuition centre. when i walked into the store, the owner (a chinese man, middle-age) greet me with a warm smile.. "Selamat petang, cikgu"..

erk.. how did he recognize me as a teacher? subhanallah, it was a great feeling to be a teacher.. may Allah will always guide me to be a good teacher.. even though i'm not a teacher at school, but the soul of a 'teacher' will remain in me to be a good 'pendidik' or 'murabbi', insyaAllah..ameen~

after a dark past in becoming a teacher, surely this Allah's fate makes me really love a job of teacher.. semoga jiwa pendidik terus subur dalam diri ini untuk memajukan anak bangsa, dan menjadikan mereka insan2 yg cemerlang di dunia dan akhirat...

maha suci Allah yang tidak pernah menjadikan ini semua sia-sia....

Monday, January 16, 2012

akui kelemahan

bismillah..

'mengakui kelemahan diri adalah sifat terpuji"


manusia..lahir ke dunia bersama keistimewaan, kekuatan, juga kelemahan diri.. ia suatu anugerah drp Allah. kita tidak hina dengan kelemahan itu, malah kita tidak pun mulia dengan keistimewaan juga kekuatan yang kita miliki.. semoga hakikat ini terus menjadikan kita hamba yang baik, dan ahli komuniti masyarakat yang 'tahu diri'..

last week, while i'm at univ., alhamdulillah i met a sister which i can lend my ear and trying to put myself in her. bercerita tentang kelemahan, ketakutan, keseorangan, dan kesedihan yang menyelubungi beliau. i felt so guilty, to leave her like that. so sorry, dear~ semoga Allah terus pelihara kita untuk terus menjadi hamba-Nya yang terbaik menghadapi segala ujian hidup ini..

sayang,,

kelemahan yg kita ada bukan untuk kita sesali. sungguh, itulah kekuatan yg kita ada untuk terus berharap pada yang punya segalanya.. Dialah Allah yang menciptakan kita yang penuh kelemahan ini. Dialah Allah yang memiliki seluruh kekuatan yang Dia mahu tawarkan pada hamba-Nya yang merayu memohon meminta drpd-Nya.. 'Kelemahan' ini juga bisa melembutkan hati kita dan melunakkannya dalam hubungan kita dengan manusia..

usah malu mengakui kelemahan kita.. usah teragak-agak mahu meminta pertolongan insan-insan di sekitar kita. pertolongan yg kita minta itu hakikatnya adalah 'penyelamat' buat sahabat2 dan insan2 di sekeliling kita, kerana itu hak kita yang dia mesti tunaikan. berbanggalah menjadi penyelamat (mgkn bukan di dunia, tetapi di akhirat sana).. biarpun mungkin bantuan yang kita pinta dibalasi dengan yang tidak sepatutnya, kerana Allah tetap mengira usaha kita, sayang.. usah rasa terpinggir kerana kelemahan kita.. usah rasa menyusahkan orang kerana memohon bantuan. biarlah kita menyusahkan dia di dunia sebelum kita benar2 menyusahkan dia di akhirat sana..

"kenapa menyusahkan dia di akhirat pula?"

adik, setiap kita ada hak terhadap orang lain.. hatta non-muslim juga punya hak keatas kita, iaitu mengajak pada agama mulia ini.. apatah lagi sesama muslim. bantuan, pertolongan, nasihat, amar ma'ruf nahy mungkar, doa, dan segala macam lagi hak mereka ke atas kita.. bila kita tidak tunaikan hak2 itu, mereka akan tuntut di hadapan Allah s.w.t.. maka bila disana, apa lagi yang mahu kita berikan untuk melangsaikan hak2 itu.. apakah dengan pahala kita yang secebis dan dosa kita yang menggunung?

subhanallah...moga Allah pelihara kita, dan sentiasa memandu perjalanan kehidupan kita demi redha-Nya yang agung.. seeru 'ala barakatillah, sayang~!