bismillah..
Salam Jumaat buat hakima dan sahabat2.. semoga hari ini lebih ceria dan bersemangat dalam menempuhi segala macam rencam duniawi..
dalam meneruskan langkahan kaki di bumi Allah yang luas ini,, terkadang, letih menyapa diri.. terkadang lelah menghampiri diri.. astaghfirullah.. hakima mahu mengajak diri hakima sendiri, juga sahabat-sahabat yang hakima kasihi kerana-Nya,, biar bagaimana sukar ujian yang kita tempuhi, biar bagaimana perit dugaan yang Allah hamparkan buat kita, biar bagaimana lelahnya jalan hidup yang kita sedang hadapi,, yakinlah Allah sentiasa ada menemani.. Dia amat dekat dengan kita.. maka jangan mengeluh~! malunya kita apabila dilihat-Nya sedang mengeluh, sedang berputus asa dr rahmat-Nya yang Maha Luas..
teruslah melangkah.. teruslah berjalan tanpa henti.. :-) ..let's recharge our soul with this very inspired song..~
"Ya Allah, kami serahkan semua urusan hidup kami kepada-Mu.. aturkanlah yang terbaik, dan senangkanlah hati kami dengannya.. sesungguhnya kami redha Engkau sbg Tuhan kami, Islam sbg cara hidup kami, dan Rasulullah s.a.w sbg ikutan kami.."
p/s: (fastabiqul-khairat) - let's recite kahfi for those who not start it today.. ;-)
"orang yang bijak adalah yang paling banyak mengingati mati" ~ mari bekerja seumpama kita akan hidup selama-lamanya dan mari beribadat umpama kita akan mati esok! ~
Friday, October 14, 2011
Wednesday, September 14, 2011
mahu menangis sahaja~!
Bismillah..
Hari ini, semalam, 2 hari ini, saya mahu menangis sahaja.. begitu banyak ujian Allah yang saya x mampu tanggung.. namun, begitu banyak nikmat dan anugerah yang Allah hadiahkan menguji kesyukuran saya.. saya tidak pandai bersabar menghadapi segala kesakitan, mehnah, ketidaksukaan saya, dan segala yang menyakitkan ruh dan jasad saya.. namun, saya juga tidak pandai bersyukur dengan setiap kegembiraan, ketenangan hati, dengan rasa beruntung dan bertuahnya saya..
~menangis tanda kehambaan~
Maka, saya hanya mampu menangis.. itu sahaja yang mampu saya ekspresikan apa yang saya rasa.. apakah saya diredhai-Nya? Mengapakah saya menerima expectation yg tinggi oleh makhluk? Mengapakah saya menerima kepercayaan yang tinggi oleh insan yang benar-benar saya hormati didunia ini? Sedang saya sungguh kerdil.. berjiwa kecil kah saya, dan Allah sedang mendidik saya membesarkan jiwa saya? Saya cuma hamba-Nya..
Setelah seminggu Allah menghadiahkan saya ‘sakit telinga’ yang begitu menguji (tidak mampu berfikir dengan normal, sesekali terpaksa menahan denyutan yang tidak tertanggung, sangat-sangat lemah semangat, etc..), semalam Allah hadiahkan kesembuhan yang tidak terungkap.. hamba yang lemah ini hanya mampu mengucapkan tahmid..maafkan diri, ya Allah..alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang berkuasa mengatur segalanya mengikut acuan kesukaan-Nya…
Semalam, saya memuhasabah posisi saya sbg ketua kumpulan yang kecil, yang kumpulan ini juga bernaung di bawah kelompok yang diketuai oleh ummi saya. Sungguh banyak kelemahan dan kekurangan dalam saya menerajuinya.. saya hampir nekad menggutarakan perletakan jawatan saya kpd ummi saya.. mohon pertimbangan ummi saya untuk mencari pengganti yang lebih layak.. saya tahu masa saya kian suntuk untuk saya memberi perhatian kpd kumpulan ini dalam masa yg sama pengajian saya kian ‘tough’. Saya telah merasakan research saya mahukan perhatian, masa dan usaha saya yang lebih banyak.. NAMUN,, apabila saya pulang ummi memberi tugas baru buat saya selaku ketua ini. Menghadiri mesyuarat, konvensyen, dan mengepalai tugas-tugas penting.. terus terbit di benak saya yg terdalam,, ya Allah, adakah ini didikan dari-Mu? Apakah dalam ‘rasa tidakbertanggungjawab’ ini, Allah mahu saya memperbaikinya pada tanggungjawab yang lain.. subhanallah, kompleksnya..huhu~
dan saya terus mahu menangis.. saya sayangkan tugas-tugas Islam, dan saya tidak mahu mensia-siakan amanah yang harus saya pikul.. amanah yang membuatkan saya terus berada di jalan ini.. saya mencintainya melebihi kesenangan diri saya.. kerana padanya ada ketenangan yang saya dambakan..
Cuma, MAMPUKAH SAYA? Saya kelihatannya begini, namun hakikatnya saya ini hamba-Nya yang lemah.. seringkali bila berhadapan dengan dilema, saya tidak pandai membuat keputusan.. saya sering keliru..subhanallah~
Dan tadi,, Allah memberi kejutan yang besar buat saya dalam majlis ilmu (kolokium mingguan research kami).. saat saya memohon keizinan keluar sebentar untuk menyelesaikan tugas saya, supervisor saya menyerahkan kunci keretanya (Honda civic) kepada saya.. sungguh saya kaget, saya sungguh terkejut.. “betul ke ni Dr.? Dr. percaya ke pada saya?” dan jawapannya “kalau kau bawak, aku percaya..dah2, pergilah”.. ya Allah, saya rasa nak menangis.. kepercayaan yg diberi sungguh tinggi.. lama saya di dalam kereta memikirkan kebesaran yang Allah mahu saya pelajari.. subhanallah, tiada nikmat yang mampu saya dustakan..
Dan, daripada kepercayaan yang tinggi ini, saya rasa sangat takut..teramat takut.. mampukah saya memenuhi expectation yang Dr. harapkan daripada saya yg lemah ini? Ya Allah, saya benar-benar mengharapkan pertolongan-Mu untuk sentiasa melakukan yg terbaik.. bantulah saya..
Di sebalik kepercayaan yang tinggi ini juga, saya mempunyai tugas besar yang berat.. bilakah saya mampu melaksanakannya dengan cara yg paling baik…subhanallah, saya takut.. T_T
ya Allah, tunjukkanlah jalan.......
Monday, September 5, 2011
haih~
bismillah..
hari ini, is the first day masuk lab after eid fitr.. mcm2 cerita rakan2 lab berkenaan raya mereka.. one thing yang terkesan buat hakima, kisah rakan hakima yg ke masjid (ore kelate) yang mengatakan yg tidak enak terhadap khutbah yang katanya ada unsur politik..dan rakannya menyambung "baling kasut je kat khatib tu"..huhu..
erm, sejauh mana terpisahnya kehidupan kita dari politik? mengapa mahu memisahkan kehidupan kita dari politik? sedang Islam itu syumul, ia merangkumi segenap ruang dalam kehidupan kita.. dan muslim yg sebenar pasti menerima politik itu.. tinggal lagi bagaimana mahu dibawa politik itu.. politik kan sistem. ia terpulang kepada kita mencorakkannya.. maka, mengapa mahu dipersalahkan sistem itu?
sedih, saya tidak pandai berhujah untuk menerangkan hakikat yg sebenar.. saya melihat rakan2 lab saya begitu mudah mempercayai apa yg diberitakan di media arus perdana.. subhanallah.. mengapa ya begitu mudah mempercayai sebelah pihak?
adess..saya geram, sedih, etc~!
ya Allah, berilah hidayah-Mu buat mereka.. kalaupun tidak mampu menilai secara ilmiah, tidak perlulah sehingga mahu mengutuk bagai.. hilang akhlak islamiah..
astaghfirullah..

Friday, August 26, 2011
Ramadhan ini..sakit, namun pasti dirindui!
bismillah..
setiap pertemuan pasti akan berakhir.. Ramadhan 1432 yang dilalui kian tiba ke hujungnya.. sayu, syahdu, sedih.. mungkinkah ini Ramadhan yg terakhir?
Ya Allah, berkatilah Ramadhan ini buatku.. buat ummi dan ayahku, buat adik-beradikku, buat sahabat2ku, buat guru2ku juga buat semua umat Islam..
Ramadhan 1432H..
satu tempoh yang benar2 bermakna buat diri.. dimulai dengan suatu perasaan yang sukar dimengertikan, dan akhirnya diri dan jiwa mula damai dan tenang dengan madrasah ini.. subhanallah, alhamdulillah..
ramadhan ini, saya mengetahui cerita-cerita yang saya tidak mahu dengar, yang mengheret saya untuk sama-sama menjiwai suasana yang tidak saya suka awalnya.. ia suatu tarbiyah dr Allah..
Ramadhan ini juga, saya mendengar pelbagai ujian yang Allah hadiahkan buat sahabat-sahabat saya.. mendengar dan berkongsi rasa sungguh indah.. semoga ia menjadikan kami lebih baik, lebih yakin dengan hikmah yang disediakan di sebalik semua yg berlaku, dan lebih optimis dengan kehidupan akhirat..
ramadhan ini juga, saya teruji dengan kata-kata saya buat sahabat-sahabat saya..menasihati mereka dengan memohon panduan dr-Nya.. dan akhirnya, diri teruji dengan simulasi Allah yang sama.. Allah mengopy paste situasi itu atas diri saya.. subhanallah, astaghfirullah..
ya Allah, dengan petunjuk-Mu hamba yg hina memberi pendapat..dengan petunjuk-Mu juga hamba yg lemah ini mohon kekuatan.. redhailah diri ini..
ya Allah, janganlah Kau siksa diri ini dengan apa yg mereka katakan, maafkanlah segala apa yang tidak mereka ketahui, dan jadikanlah diri ini lebih baik dr apa yang mereka sangkakan.. [doa yang diajar mama, yg juga maksud hadith].. ya Allah, berilah kesihatan yg baik buat mama, tetapkannya dengan keimanan kepada-Mu...ameen~
ahlan ya Syawal.. sungguh, masih mengoreksi diri apakah layak meraikan kemenangan yang dijanjikan-Nya? biarpun bukan kemenangan yang mampu digapai, insyaAllah semoga madrasah ini menjadikan diri lebih baik, lebih hampir kepada taqwa walaupun hakikatnya perjalanan tarbiyyah yang harus dilalui sangat jauh...
Allahummakhlisni..ilahi anta maqsudi, wa ridhaka mathlubi...astaghfirullah~!

Wednesday, August 10, 2011
Wednesday, July 13, 2011
tadaima~
bismillah..
tadaima = i'm home !
alhamdulillah, saya selamat sampai ke tanah air tercinta jam 1 ptg waktu malaysia semalam.. subhanallah, percutian yg memenatkan, syukur alhamdulillah 'tidak demam' spt travelling jarak jauh sebelum ini..
indonesia, good bye~
meninggalkan tanah air saat event penting berlangsung, menjadikan saya ketinggalan..waaa! sedih amat.. dan dikelilingi insan yang 'dengan mudah mempercayai omongan media malaysia', saya jadi sebak..sedih sendiri.. cuma satu yang saya membuatkan saya 'nyaman' bila televisi indonesia mendedahkan juga kekejaman polis malaysia.. bagaimana demostran diperlakukan, bagaimana pimpinan diperbuat sesuka mereka.. suatu gambaran yang pastinya tidak ditunjukkan oleh televisyen malaysia...
dan,, menjadi tugas diri untuk menyiapkan diri dengan pengetahuan dan asas ilmu yang sebanyak-banyaknya berkenaan isu ini.. yaAllah, sinari diri ini dengan cahaya kebenaran dan pengetahuan yang banyak..ameen~
[kenangan bersama bersih 1.0 begitu bermakna~!]
kepulangan ke Malaysia juga disajikan dengan berita yang benar-benar menyedihkan.. admission of mama into hospital.. mama coma on off.. sedih.. x sabar nak balik kelantan jenguk mama.. yaAllah, andai masa mama telah tiba, pelihara keimanan beliau.. sempatkan diriku menatap wajah suci mama yang sarat dengan kasih sayang.. mama yang sentiasa mendoakan kebaikan serta kejayaan anak-anak dan cucu-cucunya...
seputar mesej ummi saat diri ini masih di indo...
mama masih tak sedar..nafas kuat. maybe strok. now otw to perdana kb.. umi nak balik kb, so far flight pagi full.. DOAKAN MAMA, ALLAH PERMUDAHKAN, MAMA SENTIASA DALAM IMAN..
Salam sayang, MAMA x sedar wal pg lagi sampai kini. doktor kata mama kritikal. diminta semua anak2 umi solat sunat dan baca yasin. Doakan agar Allah permudahkan urusan kita semua dn mama sentiasa dlm IMAN. tk. ~sabar~

Tuesday, July 5, 2011
bersih..bersih..bersih..
bismillah..
'BERSIH', perkataan yang menimbulkan pelbagai andaian, kegusaran, segala-galanya di Malaysia mutakhir ini.. walhal ia cuma satu himpunan rakyat yang menuntut keadilan dan ketelusan pihak berwajib untuk melaksanakan amanah menyelia dan memastikan proses pilihanraya ini berjalan dengan baik.. bagaimanapun, ia telah dihidangkan dengan pelbagai pandangan negatif, cacian, tohmahan, malah ia telah dikaitkan dengan keganasan. ia bukanlah satu yang diharamkan dalam proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia. hasrat ini juga mengalami provokasi yang sangat tinggi sehingga mencetuskan kemarahan dan kemeluatan yang tinggi di hati pendokong-pendokongnya..
ya Allah, bukakan hati insan-insan yang Kau cintai untuk melihat kebaikan di setiap perkara.. Kerajaan punya kebaikan yang harus diingati, namun 'pembangkang' juga mempunyai suara yang harus didengari. setelah sekian banyak kezaliman yang dilakukan (yang telah menutup kebaikan yang dilakukan), Kau aturkanlah yang terbaik..
sungguh, alasan ia menyesakkan jalan dan mengganggu lalu lintas, ia kurang konkrit.. sedang selama ini kerajaan boleh membenarkan banyak function2 seperti lumba basikal, marathon, dan segalanya yang tiada kaitan dengan pembangkang beroperasi dengan baik.. dan mengapa bila ada demonstrasi yang menuntut kebaikan dalam sistem pilihanraya ini, ia dihalang.. double standard jelas terpamer..
insyaAllah this weekend i'll go to Jakarta for our research's trip.. namun, hati dan perasaan masih disini.. bersama perjuangan yang didokong dan diwarisi sekian lama... yaAllah, dalam kesukaran dan kelemahan ini, pasti ada hikmah yang lebih besar...innama nasyku bath-thuna wa huzna ilaiKa ya Rabb.. ya Allah... ya Jabbar~

~ ameen, ya Allah ~
Subscribe to:
Posts (Atom)