Wednesday, July 13, 2011

tadaima~

bismillah..

tadaima = i'm home !

alhamdulillah, saya selamat sampai ke tanah air tercinta jam 1 ptg waktu malaysia semalam.. subhanallah, percutian yg memenatkan, syukur alhamdulillah 'tidak demam' spt travelling jarak jauh sebelum ini..

indonesia, good bye~

meninggalkan tanah air saat event penting berlangsung, menjadikan saya ketinggalan..waaa! sedih amat.. dan dikelilingi insan yang 'dengan mudah mempercayai omongan media malaysia', saya jadi sebak..sedih sendiri.. cuma satu yang saya membuatkan saya 'nyaman' bila televisi indonesia mendedahkan juga kekejaman polis malaysia.. bagaimana demostran diperlakukan, bagaimana pimpinan diperbuat sesuka mereka.. suatu gambaran yang pastinya tidak ditunjukkan oleh televisyen malaysia...

dan,, menjadi tugas diri untuk menyiapkan diri dengan pengetahuan dan asas ilmu yang sebanyak-banyaknya berkenaan isu ini.. yaAllah, sinari diri ini dengan cahaya kebenaran dan pengetahuan yang banyak..ameen~
[kenangan bersama bersih 1.0 begitu bermakna~!]

kepulangan ke Malaysia juga disajikan dengan berita yang benar-benar menyedihkan.. admission of mama into hospital.. mama coma on off.. sedih.. x sabar nak balik kelantan jenguk mama.. yaAllah, andai masa mama telah tiba, pelihara keimanan beliau.. sempatkan diriku menatap wajah suci mama yang sarat dengan kasih sayang.. mama yang sentiasa mendoakan kebaikan serta kejayaan anak-anak dan cucu-cucunya...

seputar mesej ummi saat diri ini masih di indo...

mama masih tak sedar..nafas kuat. maybe strok. now otw to perdana kb.. umi nak balik kb, so far flight pagi full.. DOAKAN MAMA, ALLAH PERMUDAHKAN, MAMA SENTIASA DALAM IMAN..


Salam sayang, MAMA x sedar wal pg lagi sampai kini. doktor kata mama kritikal. diminta semua anak2 umi solat sunat dan baca yasin. Doakan agar Allah permudahkan urusan kita semua dn mama sentiasa dlm IMAN. tk.  ~sabar~

Tuesday, July 5, 2011

bersih..bersih..bersih..

bismillah..

'BERSIH', perkataan yang menimbulkan pelbagai andaian, kegusaran, segala-galanya di Malaysia mutakhir ini.. walhal ia cuma satu himpunan rakyat yang menuntut keadilan dan ketelusan pihak berwajib untuk melaksanakan amanah menyelia dan memastikan proses pilihanraya ini berjalan dengan baik.. bagaimanapun, ia telah dihidangkan dengan pelbagai pandangan negatif, cacian, tohmahan, malah ia telah dikaitkan dengan keganasan. ia bukanlah satu yang diharamkan dalam proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia. hasrat ini juga mengalami provokasi yang sangat tinggi sehingga mencetuskan kemarahan dan kemeluatan yang tinggi di hati pendokong-pendokongnya..

ya Allah, bukakan hati insan-insan yang Kau cintai untuk melihat kebaikan di setiap perkara.. Kerajaan punya kebaikan yang harus diingati, namun 'pembangkang' juga mempunyai suara yang harus didengari. setelah sekian banyak kezaliman yang dilakukan (yang telah menutup kebaikan yang dilakukan), Kau aturkanlah yang terbaik..

sungguh, alasan ia menyesakkan jalan dan mengganggu lalu lintas, ia kurang konkrit.. sedang selama ini kerajaan boleh membenarkan banyak function2 seperti lumba basikal, marathon, dan segalanya yang tiada kaitan dengan pembangkang beroperasi dengan baik..  dan mengapa bila ada demonstrasi yang menuntut kebaikan dalam sistem pilihanraya ini, ia dihalang.. double standard jelas terpamer..

insyaAllah this weekend i'll go to Jakarta for our research's trip.. namun, hati dan perasaan masih disini.. bersama perjuangan yang didokong dan diwarisi sekian lama... yaAllah, dalam kesukaran dan kelemahan ini, pasti ada hikmah yang lebih besar...innama nasyku bath-thuna wa huzna ilaiKa ya Rabb.. ya Allah... ya Jabbar~

~ ameen, ya Allah ~

Friday, June 24, 2011

ujian kata-kata

bismillah..

muhasabah usrah:


ayat 2 Surah As-Saff..


Allah mengecam orang-orang yang beriman mengatakan sesuatu yang tidak dikerjakan..ia suatu peringatan, dan satu tagline dr Allah untuk kita sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata. tidak kira dimana pun kita, apa situasi pun yang sedang kita hadapi, kewaspadaan itu perlu..kerana suatu hari Allah pasti akan menguji kita dengan kata-kata itu..


subhanallah, bila ditaklif dengan jawatan nombor satu di lingkungan ini, diri ini sering kerisauan.. risau mahu berkata-kata, risau mahu mengesyorkan suatu pandangan, risau mahu mengeluarkan arahan, risau mahu mentaujih sahabat-sahabat.. kerana di suatu tahap Allah pasti akan menguji.. Allah akan menguji kita sesuai dengan apa yang pernah kita ungkapkan, Allah pasti akan menguji kita untuk mengotakan kata-kata kita malah Allah pasti menyediakan halangan untuk kita terus teguh dengan kata-kata kita..


pesan sensei suatu waktu (semasa pengajian peringkat sarjana), "kenapa takut? takut tak menyelesaikan masalah"..kata sensei lagi "tukarkan ketakutan itu kepada berhati-hati".. that's a precious quotation which motivates me always.. dalam bertindak dan berkata-kata, 'keberhati-hatian' itu penting.. semoga hakima dan sahabat-sahabat sentiasa berhati-hati dalam kehidupan..

subhanallah... T_T

hurm..where do we..?

Saturday, June 18, 2011

retreat_muhasabah perjuangan

bismillah..

alhamdulillah, dengan didikan Allah melalui kesihatan yg menjunam, Allah kuatkan semangat untuk menghadiri retreat di peringkat kawasan.. Alhamdulillah..

sungguh, ia suatu muhasabah dan perancangan yang memerlukan tindakan yang menyeluruh di segenap peringkat..ia bukanlah berupa "siapa yang mencadangkan, dialah yang melaksanakan"..huh, sungguh ia suatu frasa yang pesimis, ia suatu frasa yang 'membangau'kan org lain..


semoga Allah campakkan rasa kebertanggungjawaban kepada kita, juga insan-insan di sekitar kita untuk menggalas tanggungjawab buat ummah ini.. rasa ini suatu anugerah, setelah melepasi tapisan Allah..

hakima terkesan dgn lontaran rasa seorang sahabiah yang lebih merupakan manifestasi fenomena hari ini.. muslimat diperlukan, muslimat harus bekerja sebagai jentera, namun hakikatnya tenaga ini amat terbatas.. sedang pemuda-pemuda harapan agama tidak mendokong peranan muslimat dengan menyertakan para isteri masing-masing bersama-sama saff muslimat.. saat sahabiah menyatakan "keluarkanlah muslimat kalian untuk kami".. hati ini sangat sayu..sayu yg amat.. beginikah nasib zaujah-zaujah? tiadakah ruang untuknya aktif bersama-sama zaujnya dalam kerja-kerja Islam? atas dasar apakah bait muslim ini dibina, andai bukan untuk kemandirian harakah islam itu sendiri? ya ia adalah fitrah untuk berpasangan, namun apalah sangat mahu dipuaskan di dunia yang sebentar cuma...semoga Allah pimpin niat dan tindakan yang bakal diambil, insyaAllah..

meneliti perancangan yang diatur, semuanya memerlukan komitmen tenaga, wang ringgit, idea yang bukan sedikit..ya Allah, bantulah kami..jadikan kami hamba-Mu yang thabat..ameen~

# penat..demam.. :-(

Friday, June 10, 2011

w/o internet

subhanallah..my life is so tough without internet.. either at lab, or at home..huhu.. rasa nk nangis..
its so hard to find journal, to receive feedback from my supervisor, and to keep in touch with my siblings..
O'Allah, ease my work..ease my life... guide my life direction always and forever...~

Thursday, June 2, 2011

good luck..hee~

bismillah~


Mereka yang hidupnya lemah, bukan kerana tidak memiliki kekuatan, atau dibebani oleh terlalu banyak kelemahan. Kita berhasil bukan kerana kita tidak memiliki kelemahan. Kita berhasil kerana meskipun kita memiliki kelemahan, kita tetap berfokus mensyukuri dan menggunakan segenap kekuatan-kekuatan kita. - hukama'


mengenali kelemahan kita adalah suatu anugerah bernilai drpd Allah s.w.t kerana ia adalah peluang untuk kita perbaiki diri.. jangan berasa kerdil, hina dan lemah di mata manusia, kerana kita memang sebaik-baik kejadian.. itu pengiktirafan-Nya.. so keep on moving~!!


Alhamdulillah, seketika td (bout midnight) berbual-bual dengan seorang adik..a master student.. when she told me her story and her challenges, she said that 'sometimes i think of quitting this study'..subhanallah..
sayang,, masalah, kesukaran adalah kehidupan kita.. semakin berkualiti hidup kita, semakin besar ujiannya.. semakin tinggi cita-cita yang mahu kita gapai, semakin besar cabarannya.. in any obstacles we face, never thinking of quitting.. kdg2 idea of quitting comes across our mind when the challenge become tougher, right.. it's okay.. but never deliver the thought through our words.. kerana ia akan menjadi doa.. berhati-hati ya.. 
dik, believe me, when this path you choose with HIS guidance, don't you ever worry.. Allah will always with you.. He just want to test you, do you still need HIM? apakah kita kembali pada-Nya dalam setiap apa yang kita hadapi? koreksi diri kita,, renungkan perjalanan kita selama ini.. 
so don't worry, dear.. Allah bersama kamu sentiasa..


buat hakima, good luck in a part of ur life, all da best for ur interview tomorrow~!! hee...gambatte, ne~

Wednesday, June 1, 2011

ibrah surah an-Nasr

bismillah..


alhamdulillah, dalam sela waktu yang singkat ini Allah kurniakan kesempatan untuk mencoret suatu tazkir buat diri hakima dan sahabat.. semoga Allah teguhkan hati2 kita sentiasa..ameen~


tulisan ini pastinya bukan yang terbaik, namun cukuplah ia sebagai peringatan dan revision.. ia sekadar nota catatan peribadi saat menghadiri kuliah haraki di MTPKGP.. kuliah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Zaifidin (kredit buat ustaz~)


kehidupan kita - haraki (sentiasa bergerak)..seharusnya kita sentiasa mencari, mendalami ilmu itu untuk sentiasa memperbaiki diri.. dan sebagai ahli harakah, semestinya kita sentiasa berusaha ke arah kemenangan Islam.. Allah telah menukilkan bagaimana untuk mencapai kemenangan itu dalam surah yang mulia, An-Nasr (surah ke-5 akhir...iza ja a nasrullah..)


surah yang pendek ini (cuma 3 ayat) mengandungi banyak pengajaran yang harus di ambil berat oleh seorang pendokong agama Allah ini..antara maksud bait2 kalimahnya adalah:
1- apabila telah datang pertolongan Allah (Nasrullah) dan kemenangan (al-fath),
2- kamu akan lihat manusia masuk ke dalam agama Allah (diinillah) dengan berbondong-bondong (keadaan x sabar nk masuk)..
3- maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunan, sesungguhnya Dia Maha Menerima taubat..


apabila turunnya ayat ini, Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah r.anha.. baginda menyatakan bahawa telah tiba perkhabaran ajal kepadaku, mungkin aku akan dipanggil pada tahun ini.. dan berlakulah dialog yang syahdu antara Fatimah dan Rasulullah s.a.w, dan setelahnya mereka gembira semula..sehingga Ummu Salamah tertanya2 apakah isi perbualan mereka (sedih, kemudian gembira semula)




setelah perkhabaran (nuzul ayat) ini, Rasulullah s.a.w banyak beramal dengan tasbih, tahmid dan istighfar.. (kata ustaz, banyak version tasbih tahmid dan istighfar tersebut, dan ustaz bacakan yang mudah dan diakui oleh jumhur ulama' hadith..nnt hakima amik pict dan post ye,, coz xde software nk tulis arabic font..huhu)..
dan,, Allah mengajar Rasulullah s.a.w, sebelum tiba kemenangan lagi, untuk beramal dengan tasbih, tahmid dan istighfar ini...
maka, sebagai pendokong agama Allah dan penerus perjuangan Rasulullah s.a.w ini, kewajipan (wajib haraki) ini turut terpikul di bahu kita..semoga Allah teguhkan hati dan semangat kita untuk melaziminya..insyaAllah~


dan,,, hanyut dalam tasbih tahmid dan istighfar ini juga adalah didikan Allah untuk Rasulullah s.a.w lembut hati dan kaya dengan sifat pemaaf dalam menghadapi mad'u baginda (kaum musyrikin) setelah pelbagai perbuatan buruk telah mereka lakukan terhadap baginda.. dan sifat ini juga harus ada dalam diri kita.. bersedia memaafkan kesalahan sesiapa sahaja yang telah menyakitkan hati hatta mencederakan kita sekalipun..
subhanallah..


dalam mengkoreksi surah ini juga, ustaz ada menyatakan, bahawa tasbih dan tahmid dilafazkan terlebih dahulu sebelum memohon keampunan untuk diri adalah merupakan adab dalam berdoa.. bila kita nak minta Allah ampunkan kesalahan2 kita, sebagai hamba yang meminta seharusnya kita tunaikan dulu hak Allah untuk disucikan (tasbih) dari apa juga kelemahan dan kekurangan..begitulah juga dalam hubungan kita sesama manusia.. berbuat baik dahulu kepada manusia lainnya, pasti natijahnya kamu akan diperbuat baik oleh mereka..~


Subhanallah, Alhamdulillah...astaghfirullah... ^_~

# credit to my sis for her nice poem which i could conclude that it was a character we should build in ourselves as a daie..thanks, dear! i love it so much~!